awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Kuching City cipta sejarah ke separuh akhir bertemu JDT

Bernama
Bernama
28/10/2025
21:40 MYT
Piala FA: Kuching City cipta sejarah ke separuh akhir bertemu JDT
Aksi pemain Kuching City FC Muhammad Ramadhan Saifullah Usman cuba melepasi dua pemain Terengganu FC pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kuching City FC mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir Piala FA buat julung kalinya selepas menyingkirkan Terengganu FC dengan agregat 5-3.
Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu melangkah ke kelompok empat terbaik hasil kemenangan besar 4-1 pada aksi pertama suku akhir di tempat lawan, sebelum tewas 1-2 pada perlawanan timbal balik di Stadium Negeri, malam tadi.
Pada pertembungan di laman sendiri, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal penyerang Terengganu, Raianderson da Costa Morais pada minit ke-11, namun Kuching City bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Wanja Ronald Ngah pada minit ke-31.
Raianderson mencetak gol peribadi keduanya apabila menjaringkan gol kedua Terengganu pada masa tambahan separuh masa kedua, namun jaringan itu tidak cukup untuk menafikan kemaraan Kuching City ke separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah kelab berkenaan.
Di pentas separuh akhir, Kuching City berdepan tugas getir apabila dijadual menentang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang turut mengesahkan kemaraan selepas menundukkan Penang FC 3-0 untuk melakar kemenangan agregat 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan penyerang import, Bergson da Silva yang menembusi gawang The Panthers pada minit ke-38.
Selang dua minit kemudian, pemain pertahanan JDT, Jonathan Silva, pada mulanya dinafikan jaringan selepas didakwa berada dalam kedudukan ofsaid, namun semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan gol itu, sekali gus meletakkan JDT selesa di depan 2-0.
Di penghujung babak pertama, Penang FC terus dirundung malang apabila tandukan kemas Eddy Israfilov hasil sepakan sudut Arif Aiman Mohd Hanapi menerjah jaring untuk menjadikan kedudukan 3-0 memihak pasukan tuan rumah sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu mengekalkan misi JDT untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali keempat berturut-turut sejak 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Kuching City FC
#JDT
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan