Skip to main content

Malaysia

14 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Sumber: BERNAMA
- Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga  setakat 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur serta Selangor melibatkan Gombak dan Sepang.

Advertisement

Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).

Menurut MetMalaysia status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video