awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta

Bernama
Bernama
13/12/2024
05:45 MYT
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius akan isu dan kesalahan yang melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985. - Gambar hiasan
IPOH: Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Jabatan Perikanan Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan rampasan itu, hasil Op Bersepadu bagi Program Pemantauan dan Pengawasan Vesel Penangkapan Ikan Zon Tengah Siri 3 di bawah Unit Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) Kg. Acheh, dengan kerjasama daripada Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Putrajaya.
Menurut kenyataan itu operasi yang bermula 9 hingga 13 Dis 2024 melibatkan kekuatan anggota seramai 30 orang, membabitkan lima aset laut daripada Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kampung Acheh dan Kuala Kurau.
"Hasil daripada program ini, sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan telah berjaya ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985 dengan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 8.9 juta.
"Pecahan tangkapan adalah sebuah vesel pukat jerut, vesel pukat tunda (9), vesel peranti pengumpul ikan (MPPI) (2) dan vesel rawa surong (2)," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menangkap ikan menggunakan vesel penangkapan ikan tempatan tanpa lesen, menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan, menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika mengikut zon, serta tidak mengaktifkan alat pengesan vesel semasa beroperasi.
"Kesemua vesel tahanan telah dibawa ke pangkalan CKOPP Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu mamaklumkan Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius akan isu dan kesalahan yang melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985 itu, kerana aktiviti seperti pelanggaran zon kawasan penangkapan, penggunaan peralatan perikanan yang dilarang dan lain-lain aktiviti yang tidak beretika, akan menyebabkan berlakunya pengurangan sumber perikanan.
"Melibatkan benih-benih ikan, selain mengelakkan tercetusnya kontroversi di antara nelayan komersial dengan nelayan tradisional," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan perikanan
#Perak
#nelayan tanpa lesen
#vesel haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan