[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

1.5 juta pekerja Bangladesh bukan untuk Malaysia sahaja - Richard Riot

Hafiz Marzukhi 19/02/2016 | 03:17 MYT
RICHARD: Kementeriannya sedang membuat kajian berhubung perkara kemasukan pekerja asing ke negara ini. - Gambar fail
Malaysia tidak akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh berdasarkan perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani negara itu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata angka itu sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan kementerian di negara tersebut untuk bekerja di 139 negara serata dunia.
"Malaysia merupakan salah satu daripada negara tersebut. Bilangan pekerja akan ditentukan berdasarkan permintaan syarikat yang berdaftar untuk pekerja Bangladesh tersebut," jelas Richard.
BACA: Kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia atas permintaan industri - Zahid
BACA: Malaysia-Bangladesh meterai MoU bawa masuk 1.5 juta pekerja
BACA: Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan
Ditanya apakah keperluan sebenar negara bagi pekerja asing, beliau berkata kementeriannya sedang membuat kajian berhubung perkara tersebut.
"Ia sudah dijalankan selama beberapa bulan dan diharap ia akan selesai dalam masa beberapa minggu," kata Richard ketika sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kenyataan terdahulu, Kementerian Dalam Negeri menegaskan jumlah pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini, tidak ditetapkan secara khusus kerana ia bergantung kepada keperluan dan permintaan majikan.
Kementerian itu turut berkata, pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini juga akan dibuat penilaian berdasarkan kelayakan mereka dan kemampuan majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
#Malaysia tidak akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh berdasarkan perjanjian persefahaman yang ditandatangani negara itu #Richard Riot