Seorang penternak kambing biri-biri di Kampung Geylang, Pertang, Jelebu dekat sini terperanjat besar pagi ini apabila menemui 15 ekor haiwan ternakannya itu mati di kandang, dipercayai akibat dibaham oleh harimau.
Penyelaras DUN Pertang Azmi Abd Rahman berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kejadian itu daripada seorang penduduk kampung.
Beliau berkata penternak kambing biri-biri itu itu menyedari kambingnya mati semasa mahu memberi haiwan itu makan kira-kira pukul 8 pagi.
"Sejurus memasuki kandang, dia mendapati 15 ekor kambingnya mati dipercayai akibat dibaham harimau berdasarkan keadaan bangkai itu yang disiat kulitnya sehingga menampakkan tulang rusuk," katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Azmi yang juga Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkata kejadian haiwan peliharaan diserang harimau ini merupakan kali ke dua dilaporkan sekitar sini, selepas kejadian pertama berlaku sekitar dua bulan lalu.
"Sebelum ini Jabatan Perhilitan memasang perangkap di sekitar kawasan kandang itu, namun sehingga kini tidak ada haiwan yang ditangkap," katanya.
Beliau berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan bagi mengelak kejadian lebih serius yang boleh mengancam bukan sahaja nyawa ternakan, tetapi juga keselamatan penduduk kampung.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan ketika dihubungi memberitahu pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 16 2019
Kematian itu dipercayai akibat dibaham harimau berdasarkan keadaan bangkai itu yang disiat kulitnya sehingga menampakkan tulang rusuk. - Gambar hiasan/Unsplash
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.
Lembu sendawa: New Zealand rancang kenakan cukai
Ini akan menjadikannya negara pertama yang mengenakan cukai terhadap penternak bagi pelepasan gas metana.
Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.
Pemancing dapat tangkap ikan mirip gigi manusia
Ikan itu yang mempunyai barisan gigi mirip manusia dikenali dengan nama ikan berkepala biri-biri.
Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'
Biri-biri itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak yang berkaitan untuk membantu.
Sampel haiwan diuji positif, Tanzania dakwa kit ujian COVID-19 ada 'masalah teknikal'
Beberapa sampel daripada haiwan telah diguna dan diberikan identiti manusia sebelum dihantar ke makmal bagi mengesan keberkesanan kit ujian berkenaan.
Selepas 7 tahun 'kuarantin diri', biri-biri ditemui semula dengan bulu lebih lebat
Seekor biri-biri ditemukan semula selepas tujuh tahun tidak memunculkan diri dipercayai lari dari sebuah kebakaran di Pulau Tasmania, Australia pada Januari 2013.
15 kambing biri-biri ditemui mati, dipercayai angkara harimau
Penternak kambing biri-biri itu itu menyedari kambingnya mati semasa mahu memberi haiwan itu makan kira-kira pukul 8 pagi.
Jika 26 ekor biri-biri, 10 ekor kambing berada dalam sebuah kapal, berapa usia kapten?
Lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut.
Tahun kambing atau tahun biri-biri?
Walaupun tahun ini merupakan tahun kambing mengikut kalendar Cina, namun banyak pengeluar menjual barangan perhiasan dan cenderahati bermotifkan biri-biri.