awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 kampung di Tanah Merah diminta berwaspada berlaku banjir - JPS

Bernama
Bernama
16/12/2024
13:35 MYT
15 kampung di Tanah Merah diminta berwaspada berlaku banjir - JPS
Menurut JPS banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.
Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Kampung Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Kampung Cekok Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Panjang dan Kampung Kerilla.
Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Kampung Padang Kijang, Kampung Alor Pasir, Kampung Kelewek, Kampung Terasil, Kampung Kulim, Kampung Jerangau dan Kampung Chekok Ipoh.
Menurut JPS banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.
"Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPS
#banjir
#kampung
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan