awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 NGO dalam siasatan polis - KPN

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2016
11:35 MYT
15 NGO dalam siasatan polis - KPN
KHALID: Sekurang-kurangnya 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang disiasat polis berkenaan penyalahgunaan dana asing untuk menjatuhkan kerajaan. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang disiasat polis berkenaan penyalahgunaan dana asing untuk menjatuhkan kerajaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, identiti NGO itu hanya akan didedahkan selepas siasatan selesai.
Beliau juga meminta NGO memberi kerjasama sepanjang siasatan dan tidak perlu takut sekiranya tidak menyalahguna dan tidak melanggar undang-undang.
"Kita mengambil perhatian serius terhadap mana-mana NGO yang menggunakan dana asing, terutamanya untuk mengancam demokrasi berparlimen di negara ini.
"Dalam masa terdekat, laporan interim siasatan mengenainya akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala laporan penuh akan dibentang sejurus siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia ke-28 di Senai.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan terdapat 20 NGO di negara ini dikenal pasti menerima dana asing untuk tujuan yang tidak dinyatakan kegunaannya dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Jazlan
#Khalid
#NGO
#Persidangan Polis Bantuan Malaysia
#zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan