awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pelajar pondok maahad terselamat dalam kejadian kebakaran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/01/2022
15:24 MYT
15 pelajar pondok maahad terselamat dalam kejadian kebakaran
Bangunan dua tingkat pusat pengajian pondok Maahad Assyatirie di Dulang Besar, dekat Yan musnah dalam kejadian kebakaran, pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
YAN: Bangunan dua tingkat pusat pengajian pondok Maahad Assyatirie di Dulang Besar, dekat Yan musnah dalam kejadian kebakaran, pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, ketika kejadian jam 6.25 petang itu seramai 15 pelajar pondok terselamat kerana mereka berada di luar bangunan sedang menjalani aktiviti.
Katanya, kejadian disedari pelajar selepas terlihat kepulan asap tebal dari bahagian atas sebelah kiri bangunan asrama pelajar.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Yan dan BBP Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi selepas menerima laporan kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak di tingkat atas bangunan pondok berkenaan dan operasi pemadaman dilakukan degan menggunakan empat aliran air pancutan bagi mengelak api merebak.
"Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya kira-kira jam 8.24 malam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Fauzi berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#pndok maahad
#Dulang Besar
#pelajar
#Yan
#Maahad Assyatirie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan