KUALA LUMPUR: Saingan Liga-Malaysia (Liga-M) musim ini terus mendapat suntikan baharu apabila menerima kira-kira 15 penaja, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam.
Beliau berkata 12 daripada penaja telah dimuktamadkan setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
"Kita ada 12 yang dah sah dan lagi tiga dalam rundingan terakhir. Kami rasa menjelang sepak mula liga akan ada 13, manakala baki dua penaja akan menyertai sekitar suku pertama liga bermula.
"Masih lagi ada perbincangan dalam hal berkaitan perundangan serta prosesnya perlu kami hormati. Kami harap dalam musim 2024/2025 akan ada dalam 15 penaja secara keseluruhan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian bersama Hong Leong MSIG Takaful selaku antara penaja baharu di sini hari ini.
Sementara itu, Stuart berkata MFL selaku badan penganjur liga sedang mencari penaja utama bagi dua piala dalam saingan Liga-M.
"Kemungkinan penaja utama satu piala lagi yang masih belum ada. Kami harap dalam rundingan dibuat dapat mencari penaja yang akan menyumbang besar kepada Liga-M.
"Liga Super bermula pada minggu hadapan sementara Piala Malaysia dan Piala FA kemudian sedikit jadi harap dapat cari penaja utama buat kedua-dua piala sebelum perlawanan pertama bermula," katanya.
Sebanyak 12 penaja memeriahkan Liga-M pada musim lepas dengan enam daripadanya kekal pada musim baharu yang akan membuka tirai dengan Piala Sumbangsih melibatkan perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 10 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Stuart berkata, 12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
Wan Abdul Rahim lepas jawatan Presiden Kafa
Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman mengesahkan peletakan jawatan Wan Rahim itu atau lebih dikenali 'Cikgu Rahim' bagi menerajui Kafa.
Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan
Pihak FAM dan MFL mengharapkan satu jawapan secara rasmi sekiranya Liga-M terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.
The Red Warriors intai Ferdinand Sinaga
Bekas penyerang kelab PSM Makassar itu berada dalam radar pihak pengurusan TRW selain pemain Singapura dan Vietnam.
Nor Farhan mahu balas kepercayaan Kafa musim depan
Penyerang Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad mahu memulihkan semula prestasi beliau bersama pasukan itu dalam saingan Liga M musim depan.