awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KO! Jake Paul tumbang di tangan Anthony Joshua

Haider Yutim
Haider Yutim
20/12/2025
05:25 MYT
KO! Jake Paul tumbang di tangan Anthony Joshua
Anthony Joshua menumbangkan Jake Paul, menerusi 'knockout' pada pusingan keenam dalam aksi tinju heavyweight 'Judgment Day' pada Sabtu. - Foto REUTERS/Marco Bello
ANTHONY Joshua kembali ke landasan kemenangan dengan penuh bergaya apabila menumbangkan Jake Paul, menerusi 'knockout' pada pusingan keenam dalam aksi tinju heavyweight 'Judgment Day' yang disiarkan Netflix di Miami, Florida, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Anthony Joshua menewaskan Jake Paul menerusi KO pusingan keenam selepas menjatuhkannya empat kali di Miami.
  • Kekalahan itu merupakan KO pertama dalam karier profesional Jake Paul.
  • Joshua kini mencatat rekod 28-4 dengan 26 kemenangan KO, kembali menang selepas tewas pada 2024.

Bekas juara dunia heavyweight dua kali itu menjatuhkan Paul sebanyak empat kali sebelum melengkapkan kemenangan dengan satu tumbukan kanan yang padu.
Pertarungan bermula agak perlahan apabila Paul lebih banyak berlegar di tepian gelanggang pada pusingan pertama hingga ketiga, memanfaatkan saiz gelanggang besar sambil mengelak kelebihan Joshua yang jelas lebih dominan dan kuat dari segi fizikal.
Momentum mula berubah pada pusingan keempat apabila Joshua mula melancarkan tumbukan jab yang menggoncang kepala Paul, sebelum situasi menjadi semakin kelam kabut dengan Paul beberapa kali terjatuh dan bergelut untuk mengekalkan imbangan.
Pusingan kelima menjadi titik tolak sebenar apabila Paul dijatuhkan, sebelum satu lagi knockdown menyusul hasil hook kiri Joshua yang tepat. Paul bagaimanapun bernasib baik untuk bertahan sehingga loceng penamat pusingan.
Namun segalanya berakhir pada pusingan keenam apabila Joshua menjatuhkan Paul sekali lagi dengan tumbukan kanan, dan walaupun Paul bangkit, satu kombinasi susulan termasuk tumbukan 'straight' yang keras menyebabkan YouTuber sensasi itu rebah untuk kali keempat.
Pengadil kemudiannya segera mencelah dan menghentikan pertarungan apabila Paul jelas tidak lagi mampu meneruskan aksi.
Kekalahan itu merupakan kekalahan KO pertama dalam karier profesional Paul, sekali gus menamatkan rekodnya sebelum ini.
Joshua, 36, kini mencatat rekod 28 kemenangan dan empat kekalahan, dengan 26 kemenangan menerusi knockout, satu suntikan keyakinan penting selepas kali terakhir beliau tewas kepada Daniel Dubois pada September 2024.
Sebagai rekod, Paul, 28, sebelum ini mencuri perhatian apabila menewaskan beberapa bekas juara dunia, termasuk Mike Tyson dan Julio Cesar Chavez Jr, termasuk beberapa bekas petarung MMA ternama seperti Anderson Silva, Tyron Woodley, Nate Diaz, dan Ben Askren, dan hanya tewas sekali iaitu dengan petinju Britain, Tommy Fury.
Namun, pertembungan dengan Joshua jelas memperlihatkan jurang besar dari segi pengalaman, kekuatan dan disiplin heavyweight sebenar.
Topic Berkaitan
#tinju heavyweight
#Anthony Joshua
#Jake Paul
#knockout
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan