awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pengunjung kompleks beli-belah panik terperangkap dalam lif

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/08/2019
14:18 MYT
15 pengunjung kompleks beli-belah panik terperangkap dalam lif
Kumpulan mangsa yang terperangkap di dalam salah sebuah lif. - JBPM/CCTV
Lima belas pengunjung sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, Kedah panik apabila terperangkap hampir 15 minit apabila lif berkenaan rosak.
Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail, pihaknya menerima panggilan jam 3.29 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi empat minit kemudian.
Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkiflee Md Esa bersama sebuah jentera, sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah motosikal RIM.
Salah seorang daripada mangsa yang mengalami masalah sesak nafas. - JBPM
Salah seorang daripada mangsa yang mengalami masalah sesak nafas diberi rawatan. - JBPM
Kesemua mangsa dapat diselamatkan dengan bantuan penyelenggara lif sejurus anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
Kejadian itu membabitkan dua unit lif di tingkat tiga dan tingkat bawah kompleks berkenaan.
Terdapat juga mangsa mengalami keletihan akibat sesak nafas dan telah menerima rawatan oleh unit EMRS.
Ini merupakan kejadian pertama melibatkan mangsa terperangkap dalam lif di kedah sejak pusat beli-belah itu dibuka lima tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bomba
#JBPM
#lif rosak
#mangsa terperangkap lif
#misi menyelamat
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan