awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 syarikat perladangan di Kelantan sedia peluang pekerjaan kepada OBB

Bernama
Bernama
14/02/2024
20:15 MYT
15 syarikat perladangan di Kelantan sedia peluang pekerjaan kepada OBB
Ibrisam berkata langkah drastik Penjara Negeri dan kerjasama Lembaga Getah Malaysia itu bagi menangani isu peluang pekerjaan selain membantu memacu ekonomi negara terutamanya dalam industri getah. - Foto fail/BERNAMA
MACHANG: Sebanyak 15 syarikat perladangan dan pertanian di Kelantan berjaya menjalinkan kerjasama strategik bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada calon-calon Orang Bebas Berlesen (OBB) untuk mengikuti program pemulihan di dalam komuniti.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata langkah drastik Penjara Negeri dan kerjasama Lembaga Getah Malaysia itu bagi menangani isu peluang pekerjaan selain membantu memacu ekonomi negara terutamanya dalam industri getah.
"Saya dimaklumkan sebanyak 15 syarikat telah berminat untuk menjalinkan kerjasama melalui Program Corporate Smart Internship (CSI) dengan 750 peluang pekerjaan secara berperingkat pada tahun ini.
"Alhamdulillah pencapaian ini selari dengan sasaran jabatan dua pertiga prospek (penghuni penjara) yang layak, menjalani pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti menjelang tahun 2030," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kursus Pembukaan Panel Torehan dan Teknik Torehan kepada OBB di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ibrisam berkata kesemua OBB yang terpilih ini akan berada dalam jagaan majikan masing-masing sebelum tamat tempoh hukuman dan dibebaskan untuk kembali kepada pangkuan keluarga.
"Kita harap OBB ini yang terpilih ini dapat meneruskan kerjaya sebagai penoreh getah apabila mereka keluar dari penjara serta dapat menjana pendapatan untuk sara diri sendiri dan keluarga.
"Jabatan Penjara sentiasa berusaha menyusun program-program terbaik bagi membantu memulihkan prospek dengan menjadikan kerjaya yang disediakan sebagai punca pendapatan dan terus kekal bekerja selepas dibebaskan kelak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OBB
#Orang Bebas Berlesen
#syarikat perladangan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan