Seramai 15 ahli keluarga mangsa kemalangan bas pelancong pada Ahad akan dibawa dari Batu Pahat, Johor ke Chiang Mai, Thailand, petang ini.
Mereka akan menaiki Penerbangan Thai Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pada jam 1 tengah hari ini dan dijangka tiba di Chiang Mai, 6 petang ini.
Tinjauan Astro AWANI ke premis agensi pelancongan berkenaan di Batu Pahat, mendapati ia menjadi tumpuan anggota keluarga dan waris mangsa kemalangan berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Tterence Yung, berdasarkan perbincangan, 15 waris yang mewakili tujuh keluarga mangsa nahas bersetuju untuk pergi ke Chiang Mai.
Katanya, mereka ditemani tiga kakitangan syarikat pelancongan berkenaan bagi menguruskan sijil kematian serta proses membawa pulang kesemua mayat mangsa.
"Kesemua waris kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, walaupun ada yang sedih dan menangis di pejabat.
"Kami juga sedih kerana kehilangan ketua rombongan berkenaan. Amat mengecewakan melihat mereka kehilangan anggota keluarga masing-masing," katanya di sini, pagi tadi.
Terence yang turut kehilangan seorang ahli keluarganya yang merupakan ketua rombongan tersebut berkata, 22 mangsa kemalangan berkenaan dihantar ke empat hospital di sekitar Chiang Mai, iaitu Bangkok Hospital , McCormick Hospital, Doi Saket Hospital dan Suan Dok Hospital.
Jelasnya, proses bagi membawa pulang kesemua mayat mangsa ke Malaysia dijangka mengambil masa antara empat hingga tujuh hari.
Sementara itu, seorang waris mangsa, Goh Kim Yue, sedih dengan kejadian menimpa anggota keluarganya.
Menurutnya, pada awalnya, beliau mengetahui mengenai kejadian itu menerusi internet.
"Maklumat lanjut mengenai kemalangan berkenaan akan saya tahu apabila pergi ke sana (Chiang Mai)," katanya di sini, semalam.
Kesemua mangsa sepatutnya pulang ke Malaysia pada Isnin menaiki penerbangan pada jam 11 pagi dari Chiang Mai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.
Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad.
Dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.
Astro Awani
Mon Dec 21 2015
Mereka akan menaiki Penerbangan Thai Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pada jam 1 tengah hari ini dan dijangka tiba di Chiang Mai, 6 petang ini.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.