KUALA LUMPUR:Projek Sistem Transit Rapid (RTS) dijangka digunakan oleh 150,000 penumpang sehari apabila pengangkutan awam itu mula beroperasi pada awal 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, anggaran berdasarkan 50 peratus daripada 350,000 pekerja sehari yang berulang-alik menggunakan laluan Tambak Johor, ketika ini.
"Dari segi kapasiti, kita menjangkakan minimum 250 (penumpang) dalam satu gerabak (tren).
"Sementara itu, tiada 'pit stop' sepanjang perjalanan kerana ia hanya mengambil masa hanya lima minit. Jadi, kita tidak akan ada sebarang 'pit stop' (terutamanya) di tengah-tengah Selat Tebrau," katanya dalam sidang media secara maya, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohd Zarif berkata RTS dijangka beroperasi bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam, setiap hari.
RTS katanya, akan beroperasi dengan kekerapan perjalanan setiap 3.6 minit pada waktu puncak, sementara enam minit pada waktu biasa.
BACA: Tambang RTS dijangka kompetitif
Selain itu, beliau berkata RTS turut akan memberi manfaat termasuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.
"Kita menjangkakan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan akan ditawarkan sepanjang proses pembinaan dan operasi.
"Pembangunan RTS akan turut membabitkan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar setinggi empat tingkat serta hab pengangkutan multi model dan hartanah campuran," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Nov 22 2020

RTS dijangka beroperasi bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam, setiap hari.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

150,000 penumpang sehari dijangka guna RTS, kekerapan 3.6 minit
RTS dijangka beroperasi bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam, setiap hari.

Sultan Johor rasmi Majlis Pecah Tanah projek RTS secara maya
Projek yang menelan kos RM3.7 bilion itu dijangka mampu menampung 10,000 penumpang bagi setiap perjalanan dengan maksimum 288,000 penumpang sehari.

Pemeriksaan awam bagi pengubahsuaian MRT laluan Putrajaya bermula esok
Orang ramai boleh memeriksa pelan konteks tapak kerja dan dokumen lain berkaitan pengubahsuaian itu di pejabat APAD bermula jam 9 pagi.

Final tunnel boring machine breakthrough for MRT Putrajaya line
Mohd Zarif Hashim said it is a major milestone for the project as it showed tunnel excavation for the line has reached 98 per cent completion.

Mohd Zarif dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp
MRT Corp telah melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 15 Julai lepas.

MRT 2 siap 70 peratus, mula beroperasi pada 2023 - Lim
Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023.

E-Tunai: RM18.8 juta dibelanja kurang 48 jam
Dalam tempoh kurang 48 jam sejak pelaksanaan program e-Tunai Rakyat, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Abdul Yazid Kassim CEO baharu MRT Corp
Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media memaklumkan, Abdul Yazid yang bakal memulakan tugas 1 Februari ini mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan.

Haris Fadzilah dilantik CEO FGV
Haris sebelum ini merupakan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial Transit Aliran Massa (MRT) Corp Sdn. Bhd.

Najmuddin dilantik pemangku CEO MRT Corp
Datuk Najmuddin Abdullah dilantik menjadi Pemangku CEO dan akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan umum CEO baharu.