awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RTS dijangka kurangkan kesesakan sehingga 20 peratus

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/11/2020
09:54 MYT
RTS dijangka kurangkan kesesakan sehingga 20 peratus
RTS yang dijadualkan beroperasi pada awal 2027 diyakini mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura, dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 20 peratus berbanding sekarang.
Penyelidik Utama, Kumpulan Integrasi OASIS (OIG), Dr Mohd Fahmy Abdullah berkata, tempoh perjalanan juga dapat dipendekkan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam ketika ini.
"Maksudnya, bagi aspek kesesakan ia mampu dikurangkan. Dalam jangka masa lima tahun RTS beroperasi, RTS mampu membawa lebih 10,000 penumpang sejam bagi sehala.
"Kita menganggarkan kekerapan pada waktu puncak antara empat hingga lima minit, sementara enam minit pada waktu biasa," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.
BACA: Sultan Johor rasmi Majlis Pecah Tanah projek RTS secara maya
Setakat ini, Mohd Fahmy berkata, dianggarkan sebanyak 126,000 kenderaan merentasi sempadan Johor-Singapura, dengan 70 peratus daripadanya menggunakan laluan Tambak Johor.
Justeru, katanya RTS yang dijadualkan beroperasi pada awal 2027 diyakini mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, Fahmey menambah projek RTS sejauh empat kilometer (km) itu akan merancakkan ekonomi wilayah Selatan, dengan kewujudan bandar baharu.
"Pada masa yang sama pembinaan depoh RTS di Wadi Hana dijangka membuka lebih kurang 1,500 peluang pekerjaan, di samping kewujudan bandar-bandar baharu di kawasan sekitarnya," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Johor Bahru
#ekonomi
#projek RTS
#peluang pekerjaan
#RTS pendekkan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan