KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata kejayaan itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun ini.
"Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76 peratus daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.
"Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021," katanya dalam hantaran Facebooknya di sini hari ini.
Dalam hantaran itu Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri dimaklumkan secara terperinci berkaitan inisiatif Pengekalan dan Penjanaan Pekerjaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi.
"Mesyuarat juga dimaklumkan berkenaan isu dan cabaran pekerjaan dalam sektor tidak formal. Hasil daripada 6,202 program libat urus yang dijalankan, bilangan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja Gig yang mendapat Perlindungan Sosial dari Perkeso menunjukkan peningkatan daripada 71,000 pada tahun 2019 kepada 81,000 orang (2020) dan yang terkini 142,000 orang (2021)," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata mengambil maklum kesukaran golongan OKU dan rentan dalam mendapatkan akses peluang penjanaan pendapatan, NEC meminta Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji mekanisme termasuk peruntukan perundangan bagi memastikan inisiatif dijalankan dengan kadar segera.
"Mesyuarat juga dimaklumkan Program Kerjaya UP yang dilancarkan pada 12 April lepas, khusus untuk golongan miskin dan miskin tegar bandar berjaya membantu 489 pemohon mendapat pekerjaan serta-merta.
"Sehubungan itu Majlis bersetuju memperluaskan program ini secara lebih agresif dengan sasaran yang lebih meluas bagi membantu sosioekonomi golongan ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan," katanya.
Perdana Menteri juga berkata bagi memantapkan komposisi keahlian NEC supaya lebih inklusif, tiga ahli tetap tambahan mewakili sektor kewangan, keusahawanan dan inovasi dilantik iaitu Ahli Lembaga Pengarah Maybank Investment Bank Bhd Datuk Seri Sharifah Sofianny Syed Hussain; Presiden Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI) Datuk Azlin Ahmad Shaharbi dan pengasas bersama GoGet, Francesca Chia.
Beliau juga mengingatkan kementerian dan agensi kerajaan untuk terus memberikan perhatian serta keutamaan kepada perkara-perkara berkaitan inisiatif pekerjaan.
"Saya ingin menekankan bahawa NEC adalah inisiatif berasaskan KPI. Seharusnya perkara ini perlu disegerakan, seharusnya tiada kelewatan kerana antara tumpuan utama kita pada tahun ini adalah menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Lebih dua juta pencari kerja berdaftar dengan MYFutureJobs - Sim
Daripada jumlah itu, 46,000 merupakan pencari kerja dalam kalangan golongan OKU dan 106,000 lepasan TVET.
Remaja lelaki dikurung, diliwat selepas diumpan bantuan kerja
Menurut sumber, pada awalnya mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari pekerjaan oleh seorang lelaki pada Julai lalu.
MYFutureJobs: 16,865 individu dapat kerja setakat April
Seramai 16,865 pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan melalui karnival kerjaya dan portal MYFutureJobs yang berlangsung di seluruh negara setakat 28 April tahun ini.
JobStreet Malaysia beri amaran tentang penipuan pekerjaan
Pencari kerja dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan cuba mengesan perbezaan antara penipuan pekerjaan dan iklan yang sah.
Bantuan RM500 dan RM1,000 buat pencari kerja di luar negeri bermastautin
Bantuan RM1,000 diberikan kepada pencari kerja yang berhijrah dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
Kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja
Terdapat 51,944 kekosongan jawatan di Johor ketika ini yang melebihi jumlah pencari kerja sebanyak 34,278 orang, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.
Pencari kerja jangan putus asa pohon pekerjaan
Pencari kerja dinasihatkan agar tidak berputus asa dalam memohon sesuatu pekerjaan sehingga mereka berjaya ditempatkan dalam pasaran kerja.
Perak beri keutamaan atasi isu pengangguran
PASAK akan menganjurkan jelajah kerjaya di 12 daerah di Perak bagi memberi peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja.
414,339 pencari kerja dapat kerja melalui MyFutureJobs
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, meskipun baharu diperkenalkan, pencapaian portal MYFutureJobs perlu dihargai.