awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia

Bernama
Bernama
23/12/2025
05:30 MYT
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Gangguan sistem mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang MAHB melaksanakan prosedur kontingensi. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini.

Ringkasan AI
  • Gangguan sementara dalam sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang Malaysia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat, menyebabkan syarikat penerbangan melaksanakan prosedur kontingensi.
  • Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kios layan diri masih beroperasi sepenuhnya untuk penumpang mencetak pas ke pesawat dan tag bagasi.
  • MAHB menekankan keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai keutamaan utama, serta menggalakkan pengembara untuk mengikuti arahan syarikat penerbangan dan lapangan terbang, serta menyemak jadual penerbangan terkini.

MAHB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasminya berkata gangguan ini mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya melaksanakan prosedur kontingensi.
"Situasi di seluruh lapangan terbang kami sedang dipantau dengan teliti selain keselamatan dan keselesaan penumpang kekal sebagai keutamaan utama kami," katanya.
Pengendali lapangan terbang itu turut menambah kios layan diri kekal beroperasi sepenuhnya yang membolehkan penumpang mencetak pas menaiki pesawat dan tag bagasi.
"Pengembara dinasihatkan mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal, semak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengemas kini jadual penerbangan terkini selain teruskan dengan daftar masuk dalam talian jika tersedia," katanya.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#gangguan sistem
#pemprosesan penumpang global
#MAHB
#lapangan terbang Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan