JITRA: Sebanyak 17,091 aduan menerusi aplikasi 'Working For Workers' (WFW) diterima oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan 16,562 daripada jumlah tersebut sudah diambil tindakan setakat Isnin manakala selebihnya menunggu proses siasatan selesai dan pengesahan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, aduan paling tinggi yang diterima adalah berhubung gaji yang tidak dibayar serta pembayaran lewat iaitu sebanyak 34 peratus atau 5,928 kes.
Menurut Awang, sebanyak 18 peratus atau 2,974 kes pula adalah aduan majikan tidak membenarkan bekerja dari rumah terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Bila dapat aduan ini, kami akan terima, membuat semakan dan dipantau oleh pegawai-pegawai.
"Kalau betul aduan yang dibuat itu berlaku, kita akan menemui majikan yang terlibat tanpa mendedahkan nama pengadu.
"Ini satu kaedah untuk bantu pada pasca COVID-19 ini," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali ke-25 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Jitra.
Pada majlis itu, seramai 802 graduan ILP Jitra dan ILP Kangar, Perlis menerima sijil dan masing-masing terdiri daripada lulusan bidang Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Automotif, Kenderaan Perdagangan Berat, Plastik, Elektrik, Kimpalan dan Penyenggaraan Mekanikal, Mekatronik, Fabrikasi Logam serta Pembuatan (pemesinan).
Tambah Awang, KSM menerima aduan sebanyak 10 peratus atau 1,651 kes berhubung potongan upah yang tidak mengikut undang-undang.
Dalam pada itu, sebanyak lapan peratus kes atau 1,390 aduan membabitkan pekerja dibuang kerja tanpa notis dan lapan peratus kes lagi atau 1,369 kes adalah tiada pembayaran kerja lebih masa dan faedah pemberhentian.
"Selepas buka kertas siasatan, ada yang kita kompaun, ada yang kita panggil majikan supaya membayar balik berdasarkan aduan diterima daripada pekerja.
"Jika tidak ada kompromi antara majikan, kita akan ambil tindakan berdasarkan akta-akta di bawah sistem perundangan perburuhan, khususnya Akta Pekerjaan 1955," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 29 2022

Awang (tengah) bergambar bersama graduan cemerlang di Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali ke-25 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Jitra, pada Selasa. -Foto Sinar Harian

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM Dr. Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak matapelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

PPD, JPN wajar diberi kuasa pengambilan guru - Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad melihat perlunya guru yang benar-benar faham dengan budaya dan aspirasi pelajar di sesebuah lokaliti.
![AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007284/34651835121675087575040_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Pulau Batu Puteh, kerajaan tidak setuju keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan, waris Sultan Sulu. -Pas dakwa beri wang kepada pengundi untuk balik mengundi, bukan kesalahan. -Jumlah anggota kastam dan imigresen ditambah di Tambak Johor. #AWANInews

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Negara rugi RM20 bilion akibat kekurangan pekerja asing, sektor perladangan antara terjejas
Kerajaan permudahkan proses kemasukan pekerja asing, laksanakan Pelan Rekalibrasi PATI 2.0 untuk atasi krisis ini.

Penggajian pekerja asing bagi sektor lain akan dikaji - Sivakumar
Sivakumar berkata lima sektor dan subsektor kritikal yang terlibat ketika ini ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (melibatkan restoran sahaja).

'Standard perburuhan tidak wajar diabaikan meskipun ada kelonggaran' - KSM
Aspek berkaitan standard perburuhan tidak wajar diabaikan walaupun proses naziran dibuat dalam tempoh beberapa bulan daripada tarikh kelulusan kuota.

31 pemain industri terima Anugerah HRD 2022
Anugerah HRD merupakan cara terbaik untuk menilai prestasi majikan dan pemain industri, dalam memperkukuhkan usaha pembangunan sumber manusia mereka.

Kurangkan masa tempoh pengambilan, pengurusan pekerja asing dijajar semula
Pengurusan pekerja asing antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijajarkan semula dalam usaha mengurangkan tempoh masa pengambilan pekerja asing.

Pelaksanaan PGM untuk majikan gajikan kurang lima pekerja ditangguhkan kepada Julai 2023
Kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.

Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.

Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia
Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

SKSSR catat 1,092 pencarum selepas seminggu pelaksanaan - Sivakumar
Seramai 1,092 individu di seluruh negara telah mendaftar dan mencarum secara sukarela bagi Skim SKSSR sejak ia dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 1 Disember lalu.

Usah kejar ranking, IPT disaran laku semakan kurikulum 3 tahun sekali - Mohamed
Semakan kurikukulum harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.