awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi petrol: 100,000 kenderaan pengangkutan, barangan dianggarkan daftar SKPS

Bernama
Bernama
16/09/2025
20:00 MYT
Subsidi petrol: 100,000 kenderaan pengangkutan, barangan dianggarkan daftar SKPS
Armizan menyantuni mangsa-mangsa banjir Kinarut di PPS Dewan Lok Kawi Height Kinarut pada Selasa. - Gambar Bernama
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganggarkan sebanyak 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak membuat permohonan pendaftaran menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, anggaran tersebut dibuat berdasarkan data SKPS diintegrasikan bersama sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali gus menekankan kepentingan permohonan pendaftaran itu dalam usaha KPDN mengawal selia mekanisme penyaluran subsidi untuk kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan.
Bagaimanapun, Armizan berkata, jumlah kenderaan syarikat daripada kedua-dua sektor yang membuat permohonan pendaftaran tersebut, yang bermula Isnin lepas, setakat ini masih rendah iaitu hanya sekitar 154 syarikat merangkumi 335 kenderaan.
Beliau berkata, sebanyak 70 syarikat melibatkan 240 kenderaan adalah daripada sektor pengangkutan darat awam manakala selebihnya iaitu 84 syarikat dengan 95 kenderaan sektor pengangkutan darat barangan.
"Walaupun tiada tarikh tutup, namun saya menggesa syarikat-syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak supaya membuat pendaftaran segera bagi memastikan mereka mendapat manfaat subsidi ini pada hari pertama ia dilaksanakan," katanya.
Ahli Parlimen Papar itu berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Lok Kawi Height, Kinarut, dekat sini, yang merupakan antara PPS beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh di daerah berkenaan.
Mengulas lanjut, Armizan berkata, syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak juga perlu memohon Fleet Card daripada tiga syarikat minyak pilihan selepas proses permohonan pendaftaran menerusi SKPS selesai.
"Kita harap supaya semua kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan memanfaatkan subsidi petrol RON95 ini kerana mereka menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Kemudahan subsidi ini pada akhirnya akan mengurangkan impak kepada pengguna secara keseluruhannya," katanya.
Permohonan pendaftaran SKPS boleh dibuat menerusi pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#tanah runtuh
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan