awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron

Bernama
Bernama
08/06/2016
23:38 MYT
16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron
IDRIS: Antara enakmen yang akan dipinda merangkumi penggunaan lambang, nama dan darjah kebesaran bagi mencegah penyalahgunaannya. - Gambar fail
Enam belas enakmen berkaitan anugerah, penggunaan logo dan darjah kebesaran akan dipinda pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang selama tiga hari bermula 20 Jun.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata enakmen yang akan dipinda itu juga merangkumi penggunaan lambang, nama dan darjah kebesaran bagi mencegah penyalahgunaannya.
"Ini termasuk yang disebut sebagai penganugerahan yang menggunakan perkataan Bonda Ratu, Sultan Melaka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di sini pada Rabu.
Kerajaan negeri pada Februari lalu bercadang mewujudkan enakmen baharu bagi membanteras tuntutan segelintir pihak mendakwa sebagai Sultan Melaka atau Bonda Ratu atau apa jua gelaran di negeri ini.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri turut memantau bilangan logo yang digunakan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan sebagainya yang mempunyai logo sendiri.
Beliau berkata kereta yang berkenaan akan diletakkan logo kerajaan negeri manakala nama agensi akan diletakkan di bahagian cermin kereta bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak penguatkuasa.
Sementara itu, beliau turut mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini supaya memantau tahap kebersihan dan keterpeliharaan makanan jualan sempena Ramadan berikutan aduan yang diterima dari orang ramai.
"Kebanyakan peniaga akan cuba menyegerakan proses penyediaan makanan, berkemungkinan selepas sahur. Antara aduan yang kita terima ialah seperti makanan basi," katanya.
Sehubungan itu, peniaga diingatkan supaya bertanggungjawab dengan penyediaan makanan yang berkualiti dan tidak mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini.
Topic Berkaitan
#Bonda Ratu
#darjah kebesaran
#DUN Melaka
#idris haron
#Ketua Menteri Melaka
#Sultan Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan