Seramai 160 mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa atas kegagalan dalam mengawal pencemaran sungai itu sejak 7 Mac lalu.
Tuntutan saman itu melibatkan dua kumpulan plaintif iaitu kumpulan pelajar dari SMK Pasir Putih dan SMK Tanjung Puteri Resort dengan 36 pelajar, 120 nelayan dan enam orang awam.
Peguam yang mewakili Jawatankuasa Bertindak mangsa dan keluarga gas toksik Sungai Kim Kim, Kamarudin Ahmad berkata, ganti rugi itu melibatkan ganti rugi khas sebanyak RM4,000-RM5,000 seorang serta ganti rugi am yang bakal ditentukan oleh pihak mahkamah.
Saman itu difailkan melalui Kamarudin & Partners akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 17 Julai ini.
Apabila ditanya tentang kelewatan menfailkan saman tersebut, Kamarudin berkata, “Mengumpul dokumen dan laporan hospital serta mencari mangsa memakan masa. Mangsa tidak dating beramai-ramai; pihak jawatankuasa bertindak perlu jumpa mereka di hospital atau di sekolah.
“Sebagai pihak peguam, kita mengambil masa untuk melihat legal approach. Ini bukan perkara yang mudah dan belum pernah berlaku di negara ini, jadi kita perlu ambil masa untuk melakukan kaedah yang terbaik.”
Selain menyerahkan budi bicara mahkamah dalam menentukan lain-lain ganti rugi.
Menurut Kamarudin, seramai 11 defendan akan dipanggil dalam tuntutan saman ini termasuk Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri Johor, Exco Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPS) serta syarikat terlibat.
Pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lalu menjejaskan 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah dan menyebabkan 111 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang diarahkan tutup buat sementara waktu.
Keseluruhannya, 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai itu dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor dilantik kerajaan.
Astro Awani
Sun Jul 07 2019
Lokasi bermulanya insiden pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang pada 14 Mac lalu. - BERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendaftaran STTP masih rendah dalam kalangan pesawah - LPP
Pesawah di seluruh negara diseru mencarum dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai risiko bencana alam.
Guru pukul murid guna penyapu diperintah bayar ganti rugi RM85,000
Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang bekas guru sekolah kebangsaan di Selayang, yang memukul bekas muridnya menggunakan penyapu membayar ganti rugi berjumlah RM85,000.
Pembuat kapal layar yang tenggelam di Itali, tuntut ganti rugi daripada balu jutawan British
Tuntutan daripada Sea Group itu telah dihantar kepada balu Lynch, Angela Bacares.
Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Kerajaan arah bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam
Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih.
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara mohon pemulangan tambang!
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara-cara untuk mohon pemulangan tambang!
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.