Tujuh belas buah kampung di daerah Kota Belud dinaiki air susulan hujan lebat tidak henti-henti sejak tengah hari Isnin.
Antara kampung yang terlibat dan terjejas ialah Kampung Bobot, Kg Kota Belud, Kg Siasai, Kg Tempasuk Satu, Kg Taun Gusi, Kg Linau, Kg Karanjangan, Kg Sembirai, Kg Kawang-Kawang, Kg Labuan, Kg Menunggui, Kg Wakap, Kg Tanjung Pasir, Kg Lingkodon dan Kg Sadok-Sadok.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khairul Azuwan Ibrahim berkata setakat jam 10 malam tadi, tiga laluan di Jalan Kg Bobot, Jalan Siasai dan Jalan Linau tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan ekoran banjir berkenaan.
"Setakat ini, bomba memang menerima banyak panggilan telefon daripada daerah Kota Belud untuk bantuan pemindahan.
"Pasukan bomba terutamanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud sedang berada di lokasi yang dimaksudkan dan setakat ini, kita belum menerima sebarang maklumat mengenai jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir itu," katanya.
Jelas beliau, setakat malam ini, pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Tun Said sedang dibuka bagi proses memindah beberapa penduduk di Kota Belud.
Sementara itu, Khairul Azuwan berkata selain beberapa kawasan di Kota Belud, sebuah perkampungan iaitu Kg Bunga, Tenghilan di Tuaran turut dinaiki air sejak jam 9.49 malam tadi.
"Untuk rekod, kita sedang berusaha menjalankan misi pemindahan mangsa banjir ke PPS dan setiap perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa.
"Anggota, jentera dan peralatan logistik kini dalam keadaan bersedia untuk menjalankan operasi itu manakala bantuan daripada BBP-BBP yang terletak berhampiran kawasan banjir juga kini diletakkan dalam status berjaga-jaga," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Dec 11 2017
Tujuh belas buah kampung di daerah Kota Belud dinaiki air susulan hujan lebat tidak henti-henti sejak tengah hari Isnin. -Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik
Salah seorang penduduk Taman Wira Lubok Jong, Rantau Panjang memaklumkan terkejut melihat situasi banjir kali ini.
LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas
Fazlyaton berkata, operasi itu melibatkan semua lorong di kilometer (km) 198 di kedua-dua arah.
Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air
Kawasan Terminal Feri Kuala Kedah dan pelantar ikan di Kampung Seberang Kota dinaiki air sedalam antara 0.3 hingga satu meter.
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.
Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, air naik mendadak bermula jam 11 malam sehingga jam tiga pagi tadi.
Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati
Pemandu diingatkan agar berhati-hati melalui beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang mula dinaiki air akibat hujan lebat.
17 kampung di Kota Belud dinaiki air
Antara kampung yang terlibat dan terjejas adalah Kampung (Kg) Bobot, Kg Kota Belud, Kg Siasai, Kg Tempasuk Satu, Kg Taun Gusi, Kg Linau, Kg Karanjangan, Kg Sembirai, Kg Kawang-Kawang dan Kg Labuan.