awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam 2026
Pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 kes positif di Menara City One hadir Himpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2020
10:18 MYT
17 kes positif di Menara City One hadir Himpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes COVID-19 yang mendadak menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.
17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah dilaporkan hadir Himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling Februari lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes COVID-19 yang mendadak menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.
"Kita dapati kes di Menara City One ada 17 kes telah dilaporkan yang ada kaitan dengan indeks yang menghadiri Himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.
"Kes indeks telah menjangkiti ahli keluarga tersebut. Kebanyakan yang terlibat ialah tiga apartmen iaitu melibatkan seramai keluarga 12 ahli. Jadi ada kes yang mendadak di apartmen itu, tindakan kita ialah PKPD di kawasan tersebut," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Kerajaan pada Isnin membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD di keseluruhan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, di ibu negara bermula jam 12 tengah malam.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ismail sabri yaakob
#keluarga
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Kluster Tabligh
#koronavirus
#Media
#Menara City One
#menteri
#Noor Hisham Abdullah
#PKP
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan