KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan 17 kluster baharu COVID-19 membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan risiko tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah perincian setiap kluster:

Kluster Industri Sungai Pinang Lapan

-Kes melibatkan daerah Klang dan Petaling, Selangor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 300 individu disaring, 75 positif.

Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga

-Kes melibatkan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang, Selangor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 338 disaring, 57 positif.

Kluster Industri Subang Tujuh

-Kes melibatkan daerah Petaling, Selangor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 80 individu disaring, 37 positif.

Kluster Industri Jalan Makmur

-Kes melibatkan daerah Kuala Selangor, Selangor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 176 individu disaring, 26 positif.

Kluster Industri Jalan Tengah Empat

-Kes melibatakan daerah Gombak, Selangor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 42 individu disaring, 11 positif.

Kluster Perindustrian Bakri Lima

-Kes melibatkan daerah Muar, Johor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 464 individu disaring, 70 positif.

Kluster Jalan Aik Hwa Choon

-Kes melibatkan daerah Muar, Johor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 64 individu disaring, 30 positif.

Kluster Walit Agas

-Kes melibatkan daerah Tangkak dan Muar, Johor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 45 individu disaring, 25 positif.

Kluster Jalan Minyak Beku

-Kes melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 216 individu disaring, 15 positif.

Kluster Batu Empat Tunjong

-Kes melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, dan Pasir Puteh, Kelantan.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 66 individu disaring, 29 positif.

Kluster Industri 5084 Pengkalan Chepa

-Kes melibatkan Kota Bharu, Kelantan.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 20 individu disaring, 12 posiitf.

Kluster Tapak Bina Persiaran Pertahanan

-Kes melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
-Kluster merupakan kategori tempat kerja.
-Seramai 570 individu disaring, 115 positif.

Kluster Sungai Sentebu

-Kes melibatkan daerah Sarikei, Sarawak.
-Kluster merupakan kategori komuniti.
-Seramai 69 disaring, 48 positif.

Kluster Ulu Sangan

-Kes melibatakan daerah Tatau, Sarawak.
-Kluster merupakan kategori komuniti
-Seramai 59 individu disaring, 12 positif.

Kluster Kampung Berangan Apam

-Kes melibatkan daerah Pasir Mas, Kelantan.
-Kluster merupakan kategori komuniti.
-Seramai 19 individu disaring, lapan positif.

Kluster Kampung Senggang

-Kes melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak.
-Kluster merupakan kategori komuniti.
-Seramai 47 individu disaring, 18 positif.

Kluster Jalan Bukit Delima

-Kes melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
-Kluster merupakan kategori kumpulan berisiko tinggi.
-Seramai 37 individu disaring, 28 positif.