Polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki yang dikaitkan dengan pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kesemua remaja itu berusia antara 14 hingga 20 tahun manakala 16 lagi suspek kini diburu berhubung kejadian kira-kira 4 pagi itu.
"Polis menerima aduan mengenai kes pergaduhan itu pada 4.31 pagi Ahad dan bertindak atas maklumat tersebut, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui satu mayat lelaki berbangsa Melayu," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Mazlan berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan bermula di kawasan letak kereta sebuah stesen minyak di Taman Melati pada kira-kira 4 pagi dan berlarutan ke tepi jalan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menghala ke Gombak. Stesen minyak itu terletak dekat restoran makanan segera berkenaan.
Pergaduhan itu, katanya, susulan kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas melibatkan dua kumpulan susulan salah faham.
Berikutan kejadian itu, Mazlan berkata kedua-dua pihak bersepakat untuk berjumpa sekali lagi di sebuah stesen minyak di Taman Melati dan tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak dengan menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal sebagai senjata.
Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas semua yang ditahan mendapati dua daripada mereka positif dadah.
Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Maklumat mengenai suspek-suspek yang masih bebas boleh disalurkan kepada kepada Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, ASP G. Stephen di talian 03-9289 9222 atau 016-376 7390. -- Bernama
Bernama
Mon May 21 2018

MAZLAN: Pergaduhan yang berlaku di Taman Melati pagi Ahad ialah susulan kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas yang melibatkan salah faham antara dua kumpulan. - BERNAMA/Fail
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.
Empat beradik ditinggalkan kini ditempatkan di rumah perlindungan - Exco
Empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, dekat Kampung Gajah baru-baru ini, telah ditetapkan oleh mahkamah untuk ditempatkan di rumah perlindungan hingga masing-masing berusia 18 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan
Menurut polis, lelaki terbabit yang melarikan diri selepas kejadian telah berjaya ditahan pada 7.45 malam tadi di Jalan Bidara, Selayang.
Tumpuan Khamis - 01 Disember 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (30 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penganggur terlepas tuduhan bunuh bapa saudara
Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas.

Dua kanak-kanak 12 tahun didakwa bunuh remaja 19 tahun di England
Menurut Polis Britain, kedua kanak-kanak itu juga telah didakwa kerana memiliki senjata pisau dan direman dalam tahanan.

Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat
Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

Reman wanita bunuh rakan kongsi disambung seminggu
Perintah reman seorang wanita yang dipercayai membunuh seorang wanita warga emas yang juga rakan kongsi perniagaannya disambung seminggu lagi hingga 15 Nov ini.

Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun
Jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati terhadapnya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang suri rumah.

Pesara maut dilanggar, ditikam rakan dipercayai akibat perselisihan faham
Seorang pesara kerajaan ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu awal pagi Rabu.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua hari lepas sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut.

Tidak dapat perbicaraan adil, tiga sahabat dilepas, dibebas daripada tuduhan bunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan dan membebaskan tiga sahabat termasuk seorang wanita daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.

Polis tahan tukang kebun, disyaki terlibat bunuh lelaki di pondok pengawal sekolah
Polis turut merampas senjata yang digunakan oleh suspek berumur 55 tahun itu.

Empat sahabat dituduh bunuh warga emas
Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini, atas tuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kuala Ketil 1 Oktober lalu.