awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 sasaran disenarai di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

Bernama
Bernama
23/02/2016
00:00 MYT
17 sasaran disenarai di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan
NPBD 2016-2025 menggariskan lima prinsip utama dalam pengurusan biodiversiti termasuk warisan; berkongsi tanggungjawab; penyertaan dan tadbir urus yang baik. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada kawasan daratan dan perairan darat bersama dengan 10 peratus kawasan pantai dan marin akan dipulihara menjelang 2025.
Ini ialah antara 17 sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (NPBD) disemak semula yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata dasar disemak semula mengenai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 sebelumnya juga bertujuan melindungi dan memulihkan ekosistem dan habitat, terutama bukit batu kapur, tanah lembap, terumbu karang dan rumpai laut.
Ia juga mensasarkan untuk mengurangkan secara haram pemburuan, penuaian dan perdagangan hidupan liar, ikan dan tumbuhan; untuk meningkatkan sumbangan suku kaum asli dan masyarakat setempat, masyarakat madani dan sektor swasta untuk pemuliharaan dan penggunaan biodiversiti secara mampan serta meningkatkan dana dan sumber yang digemblengkan bagi pemuliharaan biodiversiti dari sumber kerajaan dan bukan kerajaan.
BACA: Serangga ini telah membantu Malaysia jimat sehingga lebih RM40 bilion
Menurut kenyataan itu, NPBD 2016-2025 menggariskan lima prinsip utama dalam pengurusan biodiversiti termasuk warisan; berkongsi tanggungjawab; penyertaan dan tadbir urus yang baik.
"Semakan dasar dijalankan dari 2014 hingga 2015 dengan sejumlah 29 perundingan pihak berkepentingan secara komprehensif diadakan dalam proses tersebut," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, tujuan semakan ialah untuk memenuhi keperluan pengurusan biodiversiti dan memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD).
Topic Berkaitan
#bukit batu kapur
#Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan
#memulihkan ekosistem dan habitat
#Najib Razak
#rumpai laut
#tanah lembap
#terumbu karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan