awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 sekolah di bandar Bintulu catat kes positif COVID-19, Dr Rundi cadang PdPR

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
05:35 MYT
17 sekolah di bandar Bintulu catat kes positif COVID-19, Dr Rundi cadang PdPR
Jelas Dr. Rundi, PdPR bagi sekolah di kawasan bandar Bintulu penting bagi menghentikan jangkitan melibatkan murid sekolah, guru dan kakitangan sekolah.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) diminta membenarkan sekolah dalam kawasan bandar Bintulu untuk hanya melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Perkara berkenaan diusulkan Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Bintulu, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 membabitkan sekolah dalam kawasan bandar Bintulu.
Jelas Dr. Rundi, langkah itu penting bagi menghentikan jangkitan melibatkan murid sekolah, guru dan kakitangan sekolah.
“Berdasarkan laporan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, kes positif COVID-19 dikesan membabitkan 17 buah sekolah dalam bandar itu.
“Bagaimanapun usul berkenaan tidak melibatkan sekolah di luar bandar Bintulu memandangkan tiada kes positif dilaporkan selain tiada capaian internet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr. Rundi pada masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk memberi kerjasama penuh dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan JPBN Sarawak selain tidak menyebar berita tidak benar.
“Orang ramai diingatkan untuk tidak menularkan berita yang tidak sahih (palsu) bagi mengelakkan suasana panik dan kekeliruan,” ujarnya.
Untuk rekod, dalam tempoh 14 hari sehingga semalam, 1,111 kes positif direkodkan di Bintulu, kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Bintulu
#pendidikan
#sekolah
#PdPR
#pengajaran dan pembelajaran
#SOP
#guru
#Dr Stephen Rundi Utom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan