Selepas Malaysia berjaya meraih sokongan 172 negara untuk melaksanakan gencatan senjata tatkala wabak COVID-19 melanda dunia, kini tiba masanya untuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) merealisasikan inisiatif tersebut.
Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin berkata PBB perlu menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa akan pentingnya solidariti dan simpati bersama bagi mereka yang terjejas teruk oleh perperangan ketika dunia dilanda wabak COVID-19.
Tegasnya, walaupun inisiatif pernyataan sokongan itu tidak mengikat mana-mana negara dari segi undang-undang, namun ia menggambarkan komitmen negara menyokong dalam memastikan pandemik itu ditangani dengan tanpa halangan.
“Kita berharap, dengan sokongan jitu 172 negara anggota, negara pemerhati bukan anggota dan pemerhati ia akan memberi satu nafas baru kepada UNSC, Setiausaha Agung PBB, pihak-pihak yang betelingkah, badan bukan kerajaan dan pengamal keamanan dalam merealiasasikan gencatan senjata secara global dan memerangi ancaman COVID-19.
“Di PBB, isu keamanan dan keselamatan adalah tanggungjawab utama UNSC yang dianggotai oleh 15 buah negara. Setakat ini masih belum ada lagi sebarang resolusi berkaitan rayuan gencatan senjata ini kerana ia masih dalam peringkat perbincangan berikutan terdapat perbezaan pandangan di kalangan beberapa negara anggota UNSC.
“Adalah menjadi harapan kita dengan sokongan 172 negara yang kita perolehi ini, ia akan dapat mendorong UNSC untuk menghasilkan satu resolusi mengenai isu ini secepat mungkin. Resolusi Keselamatan PBB adalah mengikat dari segi undang-undang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebelum ini yang mana Malaysia menjadi negara pemula bersama kerjasama rakan kongsi merentasi rantau seperti Bangladesh, Ecuador, Mesir, Jamaica, Jepun, Oman, Senegal dan Sweden dalam menggerakkan inisiatif tersebut.
Mengakui isu tersebut adalah sensitif dan kompleks, Syed Mohd Hasrin berkata Malaysia dan kerjasama rakan kongsi akan terus berusaha memastikan ia dapat direalisasikan.
“Memang satu benda yang susah apabila ada perbezaan pendapat terutama di kalangan anggota tetap (UNSC), tetapi pada saya tidak bermakna mereka tidak boleh merapatkan jurang perbezaan mereka dan mencari jalan untuk dapat menghasilkan satu resolusi mengenai gesaan gencatan senjata ini.
“Secara individu, mereka menyokong gesaan gencatan senjata Setiausaha Agung PBB ini, tetapi mereka tidak dapat bersama dengan kita dan 172 anggota lagi.
“Kalau kita lihat dari segi keanggota UNSC, daripada 15 anggota, 13 anggota bersama dengan kita. Malah, tiga anggota tetap UNSC bersama dengan kita dalam inisiatidf ini.
“Jadi saya harap dengan inisiaitif dari Malaysia ini, mereka dapat merapatkan lagi jurang perbezaan di antara mereka supaya UNSC dapat menghasilkan resolusi berkenaan tersebut. Kita harus optimis,” jelasnya.
Melihat kehadapan, beliau akui menjadi harapan Malaysia dan 171 lagi negara yang menyokong supaya inisiatif ini tidak akan terhenti, bahkan akan meniup dan mendorong ke arah penyelesaian konflik secara aman dan berkekalan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jun 26 2020

Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin berkata PBB perlu menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa akan pentingnya solidariti dan simpati bersama bagi mereka yang terjejas teruk oleh perperangan. - Foto PBB

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

172 negara sokong inisiatif Malaysia, optimis Majlis Keselamatan PBB realisasi gencatan senjata
Inisiatif Kenyataan Bersama mengenai gencatan senjata diketuai Malaysia berjaya mendapat sokongan 172 buah negara dan pemerhati PBB. Namun, ia tidak mudah dan misi ini tidak hanya berhenti di sini.

Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB
Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia yang baharu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS).