KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6.
Beliau berkata, pada 26 Ogos pula Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Raja akan ditutup untuk memberi laluan kepada raptai skeleton.
"Pada 27 hingga 29 Ogos raptai penuh akan dijalankan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Seremban Highway, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup," katanya ketika ditemu bual Bernama Radio, hari ini.
Selain itu, katanya jalan di Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu arah Selayang dan arah Cheras akan ditutup semasa raptai penuh itu, dengan semua kenderaan akan dihala ke Selayang.
"Pada 30 Ogos tiada penutupan akan dibuat manakala 31 Ogos adalah hari perarakan," katanya.
Sarifudin turut menasihati orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang akan mula beroperasi bermula 4 pagi pada 31 Ogos untuk ke Dataran Merdeka bagi mengelak kesesakan.
Tambahnya, semua jalan akan dibuka semula secara berperingkat setelah sambutan selesai.
Katanya 175 pegawai dan anggota polis membuat pemantauan dan kawalan di setiap persimpangan penutupan jalan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan, beliau menganggarkan kira-kira 50,000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. - Gambar fail
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.