Kesemua 18 lebuh raya yang terlibat dalam penyelarasan kadar tol sejak Khamis lepas tidak dikategori dalam Lebuh Raya Antara Bandar (Inter Urban Highway).
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan pada Sabtu menjelaskan, lebuh raya antara bandar adalah lebuh raya yang menghubungkan satu ibu negeri dengan ibu negeri yang lain dan membentuk jaringan utama lebuh raya kebangsaan memandangkan ia turut menghubungkan kawasan luar bandar (rural area) dengan bandar.
"Dari segi geometriknya, lebuh raya antara bandar mempunyai akses terkawal di mana pengguna hanya boleh memasuki lebuh raya melalui persimpangan bertingkat yang ditentukan.
"Lebuh raya yang dikategorikan sebagai lebuh raya antara bandar adalah Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur," menurut kenyataan itu.
LLM dalam pada itu juga menjelaskan bahawa Lebuhraya KL-Karak (KLK) bukan lebuh raya antara bandar kerana ia hanya menghubungkan antara Gombak dan Bentong, Pahang.
INFOGRAFIK: Kadar tol 18 lebuhraya naik mulai 15 Oktober
BACA: Azmin arah dua syarikat negeri beri penjelasan
BACA: Berapa kenaikan kadar harga tol menyumbang kepada perbelanjaan harian anda?
Selain itu, KLK dibina dengan ciri geometrik intra urban highway iaitu mempunyai akses separa terkawal (partial access controlled) di mana terdapat simpang searas (atgrade) di sekitar kawasan perbandaran.
KLK hanyalah lebuh raya penghubung antara KL dan Kuantan, tambah kenyataan itu.
LLM berkata oleh demikian, tidak timbul isu bahawa kerajaan tidak mengotakan janjinya menerusi Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.
Antara kandungan Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancar Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2013 itu menyebut pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
Bernama
Sat Oct 17 2015
LLM dalam pada itu juga menjelaskan bahawa Lebuhraya KL-Karak (KLK) bukan lebuh raya antara bandar kerana ia hanya menghubungkan antara Gombak dan Bentong, Pahang. - Gambar Fail
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
18 lebuh raya terlibat penyelarasan tol tidak dikategori lebuh raya antara bandar
LLM berkata, tidak timbul isu bahawa kerajaan tidak mengotakan janjinya menerusi Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.