awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat

Salim Aziz, Abd Hadi Che Awang
Salim Aziz, Abd Hadi Che Awang
26/02/2022
15:16 MYT
18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Semua mangsa dipindahkan dari bot nelayan kapal Maritim Malaysia. - Gambar/ Maritim Malaysia
LANGKAWI: Semua 18 pemancing serta kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata semua mereka terdiri daripada 14 pemancing dan empat kru itu diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan.
"Kesemua 18 mangsa telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan, kemudian kesemua mereka dipindahkan ke bot dan kapal Maritim Malaysia di kedudukan lebih kurang 15.3 batu nautika, barat, Pulau Singa Besar, Langkawi pada jam 10 malam tadi.
"Kesemua mereka dalam perjalanan dan dijangka tiba di jeti Maritim Malaysia Bukit Malut jam 11.45 malam ini.
"Kita difahamkan dua mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan ambulans serta pasukan perubatan sudah bersedia untuk memberi bantuan segera," katanya kepada Astro AWANI, malam ini.
Perkembangan misi pencarian bot disyaki karam di Langkawi
BACA: 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Bot membawa kumpulan itu dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah
Bot membawa kumpulan itu dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, bot membawa kumpulan itu dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini.
Mohd Zawawi Abdullah dilapor berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga petang tadi, pasukan SAR yang turut dibantu agensi lain serta komuniti nelayan tempatan, belum berjaya menemui semua mangsa terbabit.
Topic Berkaitan
#pemancing hilang
#bot karam
#perairan Langkawi
#bot hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan