KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 18 sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS) yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja adalah aeroangkasa (komponen serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih - MRO); makanan dan minuman; bahan pembungkusan dan percetakan serta barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci.
Selain itu, keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran; komponen bagi peranti perubatan; elektrikal dan elektronik serta minyak dan gas termasuk petrokimia dan produk petrokimia juga mendapat kebenaran yang sama.
Turut dibenarkan adalah produk kimia; mesin dan peralatan; tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja; serta pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
Manakala lima lagi sektor dibenarkan beroperasi di bawah siap siaga dengan 10 peratus pekerja iaitu automotif (kenderaan dan komponen); besi dan keluli, simen; gelas serta seramik.
Menurut kementerian, sektor-sektor berkenaan dibenarkan beroperasi dengan syarat mendapat surat kelulusan MITI yang boleh dimuat turun daripada portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.
Syarikat pembuatan yang sedia ada berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka sekiranya perlu, berkuat kuasa 8 malam ini (Ahad, 30 Mei).
Katanya, syarikat pembuatan yang masih belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula 1 tengah hari pada Isnin, 31 Mei.
"Sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan beroperasi akan memastikan gangguan minima kepada rantaian bekalan komponen dan produk siap kritikal.
"Ini adalah penting bagi menjamin kelangsungan operasi infrastruktur kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam dan sistem informasi dan telekomunikasi serta memastikan bekalan keperluan asas mencukupi untuk rakyat," katanya.
Selain itu, MITI berkata pekerja dalam sektor pembuatan dan MRS memerlukan surat kelulusan kementerian itu, surat pengesahan lantikan daripada majikan atau kad pekerja untuk pergerakan ke tempat kerja.
"Mereka yang dibenarkan beroperasi wajib memastikan pematuhan ketat ke atas prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MITI. Kegagalan mematuhi SOP adalah satu kesalahan dan boleh mengakibatkan kompaun dan/atau penutupan premis," katanya.
Bagi memastikan pematuhan SOP yang berkesan, langkah penguatkuasaan yang komprehensif dan ketat akan dilakukan oleh agensi penguatkuasaan persekutuan dan negeri.
Sementara itu, bagi sektor selain pembuatan dan MRS, MITI berkata, syarikat diminta merujuk kepada kementerian yang mengawal selia sektor masing-masing atau MKN.
"Perlu ditegaskan bahawa MITI hanya boleh memberi kelulusan beroperasi kepada sektor perkilangan dan MRS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
MITI mengumumkan 18 sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS) yang dibenarkan untuk beroperasi.- Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
Kerajaan tumpu lima sektor baharu strategik, perkukuh asas ekonomi - Rafizi
Strategi kerajaan dalam mendepani kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan nilai mata wang global adalah dengan membina asas ekonomi baharu yang kukuh.
Angkasa harap kerajaan iktiraf koperasi terima insentif seperti IKS
Angkasa berharap kerajaan akan mengumumkan keputusan berhubung permintaan untuk mengiktiraf sektor koperasi dari segi insentif seperti IKS.
MITI beri jaminan tiada penutupan penuh sektor ekonomi jika COVID-19 meningkat
Mohamed Azmin berkata, penutupan sektor-sektor ekonomi sebelum ini telah memberi kesan besar terutamanya kepada rakyat.
Kuartet COVID-19: Sidang media Hishammuddin jam 5 petang ini
Difahamkan, sidang media Hishammuddin petang ini menyentuh SOP pergerakan masyarakat, ekoran pembukaan sempadan negeri pada Isnin.
Kelonggaran SOP kuarantin, sektor ekonomi di Labuan mulai 1 Sept
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Labuan telah bersetuju melonggarkan kuarantin wajib ke atas pengunjung dan kru kapal yang memasuki Wilayah Persekutuan itu.
Persatuan Peruncit Bumiputera sifatkan langkah kerajaan 'memberi nafas lega'
BRO gembira kerana kemudahan ekonomi itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Ogos 2021.
Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos
Keputusan dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM dan KPDNHEP.