KUALA LUMPUR: Sebanyak 186 kes baharu varian Omicron dilaporkan sejak 14 Jan lepas hingga hari ini oleh pelbagai institusi kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Integrative Pharmacogenomics Institute Universiti Teknologi Mara (iPROMISE-UiTM) mengenal pasti 46 kes baharu, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre Universiti Malaya dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGI) masing-masing 43 kes, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) (28) manakala Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) (26).
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes.
"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kes baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan dengan 3,245 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,342 semalam, menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,813,934 setakat 12 tengah hari ini.
Dr Noor Hisham memaklumkan daripada jumlah kes baharu, sebanyak 98.8 peratus atau 3,206 kes adalah pesakit kategori satu dan dua manakala hanya 39 kes atau 1.2 peratus kategori tiga, empat dan lima.
"Kes sembuh pula adalah sebanyak 3,093 menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada jangkitan wabak itu kini 2,741,355 kes manakala 183 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata terdapat 17 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 188 manakala nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini adalah pada paras 0.98.
Beliau berkata bilik gerakan banjir di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pula telah ditutup secara berperingkat bermula dengan Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Melaka, Sarawak, dan Johor.
Beliau berkata tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan sepanjang kejadian banjir adalah kekal 471 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Dr Noor Hisham berkata terdapat 17 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 188 manakala nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini adalah pada paras 0.98. - Gambar fail

Putrajaya perlu terus tumpu isu pembangunan di Sarawak - Tun Taib Mahmud
Kerajaan Persekutuan perlu beri perhatian khusus kepada pembangunan di Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara, titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Klopp bakal nilai tahap kecergasan Salah, Van Dijk
Salah dan Van Dijk dipaksa keluar akibat kecederaan, di Wembley Sabtu lalu.

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

Kes HFMD di Negeri Sembilan meningkat 25 kali ganda
Kes HFMD di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 25 kali ganda iaitu 1,446 kes sejak Januari lepas hingga kini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Kes denggi, HFMD meningkat - Dr Noor Hisham
Kes denggi dalam negara dilaporkan meningkat daripada 967 kes pada Minggu Epid (ME) 16/2022 kepada 1,021 kes pada ME 17/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan turun 15 peratus
Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 20 peratus dari ME pertama sehingga ME ke-17.

COVID-19: 1,503 kes baharu, tiga lagi kematian dilaporkan
Sebanyak 1,503 kes harian baharu direkodkan semalam (Ahad), menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,449,507 kes.

COVID-19: 3,471 jangkitan baharu, 27 kes kategori 3 hingga 5
Negara mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19, apabila 3,471 kes direkodkan semalam berbanding 3,361 kes hari sebelumnya.

COVID:19: 3,361 jangkitan baharu, 30 kes kategori 3 hingga 5
Negara mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19, apabila 3,361 kes direkodkan semalam berbanding 2,478 kes hari sebelumnya.

COVID-19: Kadar lebihan kematian Malaysia rendah berbanding negara lain
Kajian lebihan kematian yang dijalankan kumpulan penyelidik tempatan sepanjang tempoh pandemik mendapati Malaysia berada di kedudukan yang baik berbanding negara-negara lain.

COVID-19: 4,006 kes baharu, Putrajaya catat R-naught tertinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 3,982 kes (99.40%) adalah kategori satu dan dua.