awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Ahmad Said beri keterangan lima jam di SPRM

Bernama
Bernama
26/06/2018
10:56 MYT
1MDB: Ahmad Said beri keterangan lima jam di SPRM
AHMAD: Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi dan ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi keterangan bermula 11 pagi ini.
Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela memandangkan sebelum ini menawarkan diri untuk memperjelaskan beberapa perkara berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).
"Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.
"Saya mengesahkan tetapi tidak boleh berkongsi mengenai dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, hari ini.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ahmad Said
#bekas
#Malaysia
#Menteri Besar
#pelaburan
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan