KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat itu menamatkan kontraknya secara salah.
Arul Kanda selaku defendan pertama memfailkan tuntutan balas terhadap saman yang dikemukakan 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Nov lepas melalui Tetuan Sanjay Mohan.
Berdasarkan dokumen diperoleh media, Arul Kanda memohon agar syarikat itu membayar RM202,600 bagi kehilangan pendapatan, bonus RM2.5 juta, ganti rugi khas RM54 juta (kehilangan pendapatan dari Jun 2019 hingga 2036) selain menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk.
Menurut Arul Kanda, kontrak pekerjaannya telah tamat pada 31 Dis 2017 namun selepas perbincangan dibuat, Lembaga Pengarah 1MDB telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya dan perjanjian baharu telah ditandatangani pada 23 Feb 2018.
Arul Kanda mendakwa, menurut Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan, 1MDB bersetuju untuk membayar gaji sebanyak RM101,300 sebulan sehingga 30 Jun 2018 dan bersetuju membayar kepada beliau bonus ex-gratia sebanyak RM2.5 juta selain membayar gajinya bagi bulan Januari hingga April 2018 berjumlah RM405,200.
Bagaimanapun, beliau mendakwa Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng telah membuat pelbagai dakwaan antara lainnya menyatakan bahawa bekas CEO itu tidak jujur dan tidak boleh dipercayai dalam satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal berita pada 24 Mei 2018.
Arul Kanda mendakwa pada 25 Jun 2018, 1MDB tanpa sebarang asas telah menamatkan kontrak kerjanya secara salah dan tiada siasatan yang menyimpulkan bahawa beliau telah bertindak menentang kepentingan syarikat itu.
Bekas CEO 1MDB itu juga mendakwa penamatan kontrak kerjanya dibuat oleh 1MDB tanpa terdapat sebarang bukti kesalahan bagi mengelak syarikat itu daripada membuat pembayaran gaji bulan Mei dan Jun 2018 berjumlah RM202,600 dan baki bonus ex-gratia sebanyak RM2.5 juta.
Selain itu, Arul Kanda turut memfailkan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaannya dalam saman yang difailkan oleh 1MDB itu dan pengurusan kes ditetapkan pada 4 Dis ini.
Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap Arul Kanda dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah atas dakwaan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion berhubung pelaburannya dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd, yang ditukar kepada pelaburan di Brazen Sky Limited, yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
1MDB juga mendakwa Arul Kanda dan Mohd Irwan melakukan pecah amanah serta konspirasi dengan menyeleweng dana 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan AS$1.265 bilion, yang dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian itu tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Arul Kanda dan Mohd Irwan Serigar untuk membatalkan saman AS$6.59 bilion yang difailkan syarikat itu terhadap mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Bekas Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat itu menamatkan kontraknya secara salah. - Gambar fail/BERNAMA

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng
Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1MDB.

1MDB: Tun M, Muhyiddin, Daim tidak campur tangan keputusan dakwa Najib - Bekas KPN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan daripada Dr Mahathir, Muhyiddin dan Daim dalam keputusan untuk mendakwa Najib.

1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura dalam kes barangan mewah Rosmah
Rosmah Mansor kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut, dengan tuntutan agar beliau membayar USD346,010,489 atau jumlah yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.

Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengerusi 1MDB tidak puas hati dana US$700 juta dipindah keluar
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak berpuas hati dengan pengalihan wang berjumlah US$700 juta.

1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1MDB keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.