awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: 'Bayaran AS$1 bil daripada IPIC bukan pinjaman atau jaminan keluar'

Bernama
Bernama
31/05/2015
08:59 MYT
1MDB: 'Bayaran AS$1 bil daripada IPIC bukan pinjaman atau jaminan keluar'
ARUL KANDA: Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar. -Gambar fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bayaran AS$1 bilion daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas ialah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.
"Lanjutan daripada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami mengambil perhatian terhadap dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion itu merupakan pinjaman, atau melibatkan andaian hutang 1MDB lagi.
"Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar.
"Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 29 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan, 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan pembayaran sebanyak AS$1 bilion.
Menurut kenyataan kementerian itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, IPIC akan membayar US$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#International Petroleum Investment Company IPIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan