Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan turun sebagai Presiden UMNO kerana tiga juta anggota parti itu teguh berdiri di belakangnya.
Beliau berkata sebagai seorang yang dipilih melalui prinsip demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk UMNO dan rakyat.
"Berkat dari sokongan UMNO yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab tiga juta ahli UMNO ada bersama saya.
"Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden UMNO) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.
"Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli UMNO tentukan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Ketua Bahagian UMNO Kota Melaka Datuk Abdul Latiff Tamby Chik.
Najib berkata anggota UMNO perlu memberikan sokongan kepada dirinya bukan kerana sebab peribadi, tetapi kerana beliau adalah Presiden UMNO.
"Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden UMNO kerana tidak boleh ada Presiden UMNO yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya," katanya.
Sementara itu, Najib berkata, beliau tidak bersetuju sikap ekstrem dalam UMNO dan mahukan semua anggota parti memilih kesederhanaan bagi memastikan UMNO terus kekal mendapat sokongan rakyat.
Katanya, sikap angkuh dan fikir UMNO terlalu kebal untuk kalah dalam pilihan raya akan membuatkan anggota UMNO terlalu selesa dan sikap melihat parti itu terlalu lemah akan membuatkan anggota UMNO terlalu kecewa untuk berjuang serta menghampakan rakyat.
"Kalau kita pilih jalan pertengahan kita pilih jalan wasatiyyah dalam Islam maknanya, kalau kita bersatu, setia kepada ketua, kita bekerja keras, kalau kita berkhidmat pada rakyat, kalau kita jaga kemaslahan rakyat, jaga agama semua kaum InsyaAllah kita boleh menang (pilihan raya)," katanya.
Menurut Najib, rakyat pada masa ini melihat kepada keupayaan untuk 'meletak makanan di atas meja', maka ini perlu diberi fokus utama oleh anggota UMNO.
"Rakyat nak bumbung di atas mereka, hendak rezeki halal, hendak sekolah dan pendidikan inilah perkara yang perlu kita fokus. Soal 1MDB bukan segalanya macam dunia nak kiamat; siling nak runtuh, ini bukan 'defining issue'," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu semangat setiakawan dalam UMNO perlu dipupuk terutamanya di kalangan akar umbi dan pemimpin di pelbagai peringkat bagi memastikan UMNO terus kukuh bagi membela nasib rakyat dan bangsa Melayu.
Katanya semangat setiakawan yang perlu dipupuk dalam semua anggota UMNO memainkan peranan penting dalam memastikan semua anggota parti itu akan bersama dalam situasi susah atau senang terutamanya menghadapi cabaran hebat pada masa ini.
"Jangan pula masa senang kita sokong, masa susah kita tebuk kapal pula, susah senang kita bersama itulah setiakawan dalam politik, kita dalam keluarga begitu lah. Zaman susah tidak lama kerana ada cahaya di hujung terowong jika ada setiakawan politik ini," katanya.
Sementara itu, Najib menegaskan UMNO merupakan tunjang kepada perjuangan membela nasib bangsa Melayu di negara ini dan menasihatkan anggota parti itu supaya tidak membiarkan perbezaan pendapat 'menguburkan' parti tersebut.
"Kalau tiada UMNO maka 'terbangsat' lah bangsa Melayu. Saya tidak dapat bayangkan nasib bangsa Melayu tanpa UMNO," katanya.
Bernama
Sat Aug 01 2015
Kata Najib sebagai seorang yang dipilih melalui prinsip demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk UMNO dan rakyat. - Foto Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.