awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Dow Jones masih gagal beri pengesahan - Peguam

Bernama
Bernama
21/07/2015
14:40 MYT
1MDB: Dow Jones masih gagal beri pengesahan - Peguam
Surat pengesahan yang dihantar pada 8 Julai lepas kepada penerbit WSJ, Dow Jones masih belum dijawab sehingga kini.
Penerbit The Wall Street Journal (WSJ), Dow Jones pada Selasa masih gagal untuk memberi pengesahan berhubung pendiriannya dalam artikel yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyelewengkan wang hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketika dihubungi pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili perdana menteri, berkata tempoh 14 hari yang diberi kepada Dow Jones untuk menjawab surat pengesahan berhubung pendiriannya itu berakhir hari ini.
Beliau juga berkata surat pengesahan yang dihantar pada 8 Julai lepas kepada penerbit WSJ itu masih belum dijawab sehingga kini.
Ketika ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya Dow Jones enggan memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu, Wan Azmir berkata perdana menteri mempunyai beberapa pilihan undang-undang yang akan diputuskan kemudian.
"Ia adalah kerana keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan atau penjelasan berhubung dakwaannya yang secara berhati-hati diperiksa berhubung aspek undang-undang dan faktanya yang disiarkan baru-baru ini," kata peguam itu.
Pada 8 Julai lepas, perdana menteri melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah menghantar surat kepada Dow Jones meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.
Artikel-artikel itu didakwa dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dow Jones
#Najib Razak
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan