KUALA LUMPUR: Goldman Sachs memohon untuk menjadi pencelah dalam permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya berkaitan proses penyelesaian antara Kerajaan Malaysia dan Ambank serta Goldman Sachs berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata pihaknya menerima notis usul dan afidavit daripada Goldman Sachs pada 7 Nov lepas dan memerlukan masa untuk meneliti kedua-dua dokumen itu.
"Hari ini ditetapkan untuk pendengaran bagi prosiding memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi lain, namun pendakwaan mohon penangguhan kerana kes ini dicelah oleh Goldman Sachs.
"Pendakwaan mohon isu mencelah ini dapat diselesaikan dahulu sebelum permohonan memindahkan kes didengar," katanya semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Peguam Datuk Seri K. Kumaraendran, mewakili Chetan tidak membantah permohonan pendakwaan untuk menangguhkan prosiding memindahkan kes.
Sementara itu, peguam Krishna Dallumah yang mewakili Goldman Sachs mengesahkan perkara itu dan memohon supaya 8 Jan 2024 ditetapkan untuk mendengar permohonon pencelah.
"Goldman Sachs ingin menjadi pencelah kerana haknya terjejas khususnya di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 iaitu hak pada dokumen-dokumen yang terlindung," katanya, yang turut mengendalikan kes bersama peguam Datuk Prem Ramachandran.
Mahkamah menetapkan 8 Jan untuk mendengar permohonan Goldman Sachs sebagai pencelah dan 2 Feb bagi permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi lain.
Menerusi dokumen yang diperoleh media, SPRM memohon responden mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan Chetan sebagai peguam Goldman Sachs, penyata akaun serta akaun firma guaman itu.
Dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan responden sebagai peguam Goldman Sachs dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB.
Dalam afidavit difailkan bagi menyokong notis usul berkenaan, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan dijalankan terhadap Chetan dan firma guamannya berhubung penglibatan peguam itu dalam proses penyelesaian antara Kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs dalam isu 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan responden sebagai peguam Goldman Sachs dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB. - Gambar fail/Reuters
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah dalam permohonan SPRM
Goldman Sachs memohon menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya.