Dengan memetik kata-kata seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan’, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report telah menerbitkan satu artikel pada 3 Julai yang mendakwa penyalahgunaan dana daripada syarikat pembangunan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan itu mendakwa bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menolak laporan WSJ tersebut dan berkata ia adalah satu tindakan sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang telah dipilih secara demokratik.

1MDB juga menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Najib.

Susulan laporan tersebut, satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan dana yang dikatakan itu.

Pasukan Petugas Khas itu terdiri daripada empat agensi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Berikut adalah apa yang berlaku selepas 3 Julai:

4 Julai:
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan bahawa satu pasukan petugas khas telah mulakan siasatan ke atas isu 1MDB dan mereka (anggota pasukan petugas) telah mengumpul beberapa dokumen yang perlu dikaji semula, yang dikaitkan dengan pemindahan yang dikatakan dana ke dalam akaun peribadi Najib.

Abdul Gani berkata pasukan petugas itu telah menjalankan serbuan pada hari yang sama di premis tiga syarikat berkaitan iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

7 Julai:
Pasukan petugas khas memaklumkan bahawa enam akaun bank yang berkaitan dengan penyiasatan itu telah dibekukan.

Perintah untuk membekukan enam akaun telah dikeluarkan pada 6 Julai.

8 Julai:
Pegawai pasukan petugas mengeluarkan satu siri dokumen dari pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail dalam serbuan selama lebih lapan jam.

Dianggarkan sebanyak 20 kotak yang dipercayai menjadi dokumen yang dikaitkan dengan skandal itu
- telah dibawa oleh sebuah trak polis.

GALERI FOTO: Pasukan Petugas Khas serbu pejabat 1MDB

Najib memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ. Firma undang-undang, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengesahkan bahawa satu surat telah dihantar ke pejabat WSJ yang berpangkalan di New York untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat dalam artikel tersebut.

9 Julai:
Abdul Gani Patail berkata dua akaun bank Ambank Islam di bawah nama Najib tidak beku, kerana kedua-dua akaun ditutup lebih awal.

Beliau berkata akaun ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 serta pasukan Petugas Khas telah mendapatkan dokumen bank yang berkaitan dengan dua dokumen tertutup.

Kemudian pada hari itu, Sarawak Report mendakwa RM2 juta telah didepositkan ke akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor. Artikel itu juga mendakwa akaun bank itu telah diletakkan di bawah siasatan.

10 Julai:
Pasukan petugas itu mendedahkan bahawa mereka sudah mengeahui tentang akaun Rosmah sebelum portal terbabit menyiarkan berita itu. Mereka mengesahkan perkara itu sedang disiasat.

Kemudian pada hari yang sama, peguam Rosmah mengeluarkan kenyataan memetik laporan tersebut sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan dilakukan dengan niat 'jahat'.

Firma undang-undang yang mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor turut menggesa Bank Negara Malaysia untuk menjalankan siasatan dalam masa 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, mereka menerima maklumat mengenai akaun milik individu Malaysia yang dikenali sebagai Jho Low, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan wang dari 1MDB.

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkata pihaknya akan memanggil Jho Low
sebagai saksi dalam prosiding siasatan ke atas 1MDB.