awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi

Bernama
Bernama
10/01/2025
13:03 MYT
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Nanta menasihati kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan projek dengan sempurna dalam tempoh ditetapkan. - Gambar Bernama
KAPIT: Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer membabitkan dua buah jambatan itu menelan belanja kira-kira RM70 juta yang ditender semula untuk dilaksanakan oleh kontraktor penyiap setelah kontraktor asal telah ditamatkan kontraknya.
Majlis pecah tanah Projek Jalan Baharu Jambatan Baleh/ Rh. Belaja, Ng Benin/ SK. Ng. Pelagus/ Pelagus Resort di bawah Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) (Sub: Upper Rajang Development Agency) - Fasa 1, Seksyen 1 telah diadakan pada hari ini.
"Meskipun jarak pembinaan jalan bagi projek ini agak pendek, ia memerlukan peruntukan yang besar dan tempoh masa selama tiga tahun kerana bentuk permukaan muka bumi di kawasan berkenaan agak mencabar," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan.
Apabila siap kelak, projek itu akan menyempurnakan beberapa lagi projek lain yang turut dijalankan di kawasan sekitar termasuk oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ini katanya akan memudahkan rakyat yang ketika ini terpaksa menggunakan laluan balak kerana perkampungan di kawasan itu yang agak terpencil.
Beliau menasihati kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan projek dengan sempurna dalam tempoh ditetapkan dan mengelak daripada untuk membuat extension of time (EoT) sekali gus membantu menjimatkan kewangan kerajaan.
"Sebagai Ahli Parlimen Kapit merangkap Pengerusi URDA, saya akan memastikan beberapa lagi projek pembinaan infrastruktur dan jalan raya di bawah URDA mendapatkan peruntukan yang sepatutnya bagi menyempurnakan jaringan jalan di kawasan ini," katanya.
Nanta yakin apabila beberapa projek di kawasan sekitar berjaya disiapkan dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, ia akan memberi sumbangan besar kepada penduduk Kapit hinggalah ke Belaga.
Turut hadir, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#URDA
#laluan balak
#sumbangan besar
#jalan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan