awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 pokok ketum ditanam atas tanah rizab kerajaan dimusnah

Bernama
Bernama
15/05/2025
12:36 MYT
2,000 pokok ketum ditanam atas tanah rizab kerajaan dimusnah
Hasil risikan PDRM mendapati pokok ketum berkenaan ditanam di atas tanah rizab kerajaan yang dianggarkan seluas lapan hektar. - FB Polis Daerah Hilir Perak
TELUK INTAN: Polis memusnahkan kira-kira 2,000 pokok ketum dalam operasi bersepadu antara Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai agensi kerajaan di sekitar Labu Kubong dekat Sungai Manik hari ini.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata hasil risikan pihaknya mendapati pokok ketum berkenaan ditanam di atas tanah rizab kerajaan yang dianggarkan seluas lapan hektar.
"Hasil maklumat yang kita terima, kawasan Hilir Perak ini antara 'hab' pembekalan yang terbesar dan ia didalangi oleh sindiket tertentu yang menanam, memproses dan memasarkan daun ketum di seluruh negara.
"Ini fasa pertama tindakan yang kita ambil bagi membanteras aktiviti ini. Kita akan meneruskan operasi ini pada fasa kedua dengan mengambil tindakan ke atas individu yang menanam pokok ketum di kawasan tanah masing-masing," katanya kepada pemberita selepas operasi pemusnahan di sekitar Labu Kubong di sini hari ini.
Beliau berkata antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah Hilir Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Jabatan Kerja Raya.
Dalam pada itu, Bakri berkata 25 individu ditangkap membabitkan kesalahan memiliki ketum sepanjang empat bulan pertama tahun ini.
"Kami merampas 147.5 liter air ketum dan 24 kilogram daun ketum sepanjang tempoh berkenaan, selain menahan 76 individu, dengan 31 kes didakwa di mahkamah sepanjang tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pokok ketum
#PDRM
#Labu Kubong
#Sungai Manik
#ketum dimusnahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan