TANJUNG MALIM: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sejumlah 1.9 juta direkodkan DOSM pada tahun lalu, manakala 2.1 juta pula direkodkan pada 2020.
"Kita tidak nafikan negara masih memerlukan pekerja warga asing dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan domestik. Kita masih memerlukan kira-kira 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja dan sekarang ini menghampiri angka tersebut.
"Bagaimanapun, kita perlu pastikan rakyat tempatan lebih ramai berminat dalam kerja-kerja perladangan atau pembinaan umpamanya, dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang lebih baik bagi menarik minat mereka seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Statistik 2022 sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2022 dan Sedekad Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata DOSM mengeluarkan lebih 500 jenis statistik perangkaan setahun, dalam membantu negara mengurus tadbir di semua petingkat terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosio ekonomi.
Beliau berkata statistik perangkaan itu digunakan pelbagai pihak seperti jabatan dan agensi kerajaan, Bank Negara Malaysia, para pelabur serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dalam membuat perancangan masing-masing.
"Jadi, saya berharap lebih 3,000 kakitangan DOSM lebih bermotivasi dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka, bagi memastikan statistik yang dikeluarkan adalah tepat dan mengikut masa yang telah ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa berkata Sambutan HSN yang disambut kali keenam penganjurannya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat merasai betapa pentingnya statistik sebagai ukuran penentuan hidup yang lebih baik dan sempurna.
Pelbagai program diadakan sepanjang karnival yang bermula hari ini sehingga Sabtu antaranya pelbagai pameran dan jualan diadakan serta Forum Perdana Ehwal Islam Diraja yang mana Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat untuk bersama-sama dengan masysrakat setempat pada malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Sejumlah 1.9 juta pekerja asing direkodkan DOSM pada tahun lalu, manakala 2.1 juta pula direkodkan pada 2020. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.