awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,427 kes demam denggi dilapor pada ME30

Bernama
Bernama
11/08/2023
13:49 MYT
2,427 kes demam denggi dilapor pada ME30
Dr Muhammad Radzi berkata jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 169 kes atau 7.5 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,258 kes. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,427 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi 30 (ME30) iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Julai lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Beliau berkata jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 169 kes atau 7.5 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,258 kes.
Dr Muhammad Radzi berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME30.
"Kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga ME30 adalah sebanyak 68,651 kes berbanding 31,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 37,524 (120.6 peratus).
"Sejumlah 47 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh sama pada 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai bilangan lokaliti hotspot pada ME30, beliau berkata ia menunjukkan penurunan dengan sebanyak 93 lokaliti dilaporkan berbanding 104 lokaliti pada minggu sebelumnya.
"Sebanyak 70 lokaliti berada di Selangor, 10 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah (enam), Perlis (empat), Sabah (dua) dan Negeri Sembilan (satu)," katanya.
Bagi survelan chikungunya pula, Dr Muhammad Radzi berkata satu kes direkodkan pada ME30, menjadikan jumlah kumulatif kes penyakit berkenaan adalah 145 kes sehingga kini.
Sementara itu, beliau berkata bagi survelan zika, sebanyak 1,769 sampel darah dan 119 sampel urin dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#ME30
#sampel darah
#survelan zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan