KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 2,935 kes harian baharu direkodkan semalam (Khamis), menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,443,318 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak sembilan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Dalam masa sama, sebanyak 7,585 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,354,006 kes.
"Selangor merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan 1,215 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (462 kes) dan Pulau Pinang (224 kes).
"Lain-lain, Negeri Sembilan (193 kes), Perak (193 kes), Johor (122 kes) dan Melaka (108 kes).
"Seterusnya, Kedah (98 kes), Sarawak (97 kes), Pahang (74 kes), Putrajaya (56 kes), Sabah (36 kes), Terengganu (35 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes),” menurut data di CovidNow.
Pada masa sama, sebanyak 10 kes kematian COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,536 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,521 kes.
Sementara itu, sebanyak 53,776 kes aktif dilaporkan melibatkan 52,261 kes dikuarantin di rumah, 46 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),
Manakala, sebanyak 1,385 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 56 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Eton Khir
Fri Apr 29 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 2,935 kes harian baharu direkodkan semalam , menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,443,318 kes. - Gambar fail

'Anda yang seterusnya': Gara-gara luah sokongan kepada Salman Rushdie, JK Rowling terima ugutan bunuh
Pemilik akaun Twitter yang mengeluarkan ugutan bunuh itu juga memuji Hadi Matar, lelaki dari New Jersey yang menikam Rusdhie.

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Isu LCS | Wanita BN kena faham, cubaan hasut rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyeru agar wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan lcs sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam masa sama, Najib sekali lagi mendakwa Pakatan Harapan menjadi punca kepada kelewatan menyiapkan kapal tempur tersebut.

Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.

Agenda Johor Selamat mantapkan aspek keselamatan negeri - MB Johor
PDRM terus bekerjasama dengan ATM, agensi-agensi beruniform dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi keselamatan negeri.

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/thumbnails/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/thumbnails/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Kes SRC: Esok hari penting buat saya - Najib Razak
Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.

COVID-19: Korea Utara mansuh pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal
Bagaimanapun, Korea Utara akan terus mengekalkan langkah "pertahanan antiwabak yang kukuh".

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.