awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian

Bernama
Bernama
02/01/2026
15:00 MYT
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
Menurut polis, lelaki berkenaan sering menghubungi mangsa dan menceritakan berkaitan satu pelaburan judi dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh masa singkat daripada jumlah modal yang dilaburkan. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang ejen hartanah kerugian RM759,950 selepas terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian dalam kejadian di daerah Barat Daya dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 64 tahun itu mendakwa mula menerima mesej pada aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki yang bertanyakan tentang pembantu rumah sebelum mangsa memberikan nombor telefon rakannya yang menjalankan perkhidmatan itu pada pertengahan Oktober lepas.
"Selepas itu, lelaki berkenaan sering menghubungi mangsa dan menceritakan berkaitan satu pelaburan judi dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh masa singkat daripada jumlah modal yang dilaburkan.
"Wanita itu mula tertarik dan telah melabur buat kali pertama sehingga mangsa mendapat keuntungan RM3,000 dan bermula 26 Nov hingga 8 Dis lepas, mangsa membuat 20 kali transaksi wang ke lapan akaun bank milik syarikat berbeza melibatkan jumlah RM759,950," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azizee berkata wanita warga emas itu hanya menyedari telah diperdaya apabila tidak menerima keuntungan yang dijanjikan, malah diarah untuk membuat pembayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejen hartanah
#terperdaya
#sindiket pelaburan judi dalam talian
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan