awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan

Bernama
Bernama
25/09/2023
08:30 MYT
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
Kakitangan JAS menjalankan pemeriksaan awal sampel minyak dari kapal terbabit. - Foto Facebook BES Labuan
LABUAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail.
Beliau berkata penahanan dilakukan mengikut Seksyen 38 (1)(C) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Saya telah diberi taklimat oleh Pengarah JAS Labuan mengenai situasi kejadian dan pada masa ini siasatan sedang dilakukan di lima lokasi persampelan (termasuk kaedah pengesanan cap jari) bagi menentukan tahap tumpahan minyak di kawasan terjejas.
"Sampel yang dikumpul akan dianalisis di Jabatan Kimia Sabah di Kota Kinabalu," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Rithuan hasil analisis akan menentukan dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap pencemaran berkenaan seterusnya menghadapkan kes ke mahkamah.
Beliau berkata operasi pembersihan dan pengawalan terhadap tumpahan minyak di kawasan terjejas telah ditamatkan Jumaat lepas selepas pemerhatian mendapati tiada lagi tumpahan berlaku di kawasan itu.
Katanya walaupun minyak telah terurai secara semula jadi, pihak JAS akan mengeluarkan notis kepada LSE untuk melakukan persampelan dan pengawasan kualiti air marin dalam tempoh seminggu selepas kejadian.
Tumpahan minyak yang meliputi kawasan seluas 1.5 kilometer persegi membabitkan kawasan jeti LSE, Patau-Patau 1 dan jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu dilaporkan kepada pihak APMM pada Khamis lepas susulan maklumat daripada Persatuan Nelayan Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#Labuan
#tumpahan minyak
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan