awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS

Bernama
Bernama
06/07/2024
03:50 MYT
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan. - Foto AP
LOS ANGELES: Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera akibat ditikam di Huntington Beach, sebuah bandar tepi laut di Selatan California pada 4 Julai, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Jumaat.
Pegawai polis menerima laporan berhubung kejadian pada 11:15 malam Khamis waktu tempatan, menurut Jabatan Polis Huntington Beach dalam satu kenyataan berita.
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
"Dua individu meninggal dunia akibat kecederaan mereka. Tiga individu lagi telah dihantar ke hospital tempatan," menurut jabatan polis.
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan, menurut polis.
Menurut saksi, keganasan tercetus di kawasan perumahan Huntington Beach apabila seorang lelaki mula menikam orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai, lapor stesen televisyen KTLA.
Dua lelaki berjaya menangkap penyerang terbabit dan menahannya sehingga polis tiba, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikam
#cedera
#Huntington Beach
#hari kemerdekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan