BATU PAHAT: Dua nelayan tempatan berusia 33 dan 66 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut ketika sedang menarik pukat pada kedudukan 14.6 batu nautika barat daya, Sungai Rengit, di sini, pada kira-kira pukul 8.00 pagi tadi.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata pihaknya melalui 'Maritime Rescue Sub-Centre' Johor Bahru menerima maklumat awal daripada rakan nelayan yang menghubungi Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 8.30 pagi.
Susulan itu, beliau berkata pihaknya telah mengatur gerak Bot Bengteng 5 ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi, tekong bot nelayan berkenaan memaklumkan bahawa kejadian berlaku ketika bot itu sedang menarik pukat dan kedua-dua mangsa berada di belakang bot.
"Dalam kejadian itu, secara tiba-tiba pukat terputus dan membelit kaki kedua-dua mangsa lelaki berkenaan dan kemudiannya menyebabkan mereka terjatuh ke dalam laut.
"Mangsa, Goh Chin Ka, 66, dan Yap Kok Hoong, 33, dikatakan tidak memakai jaket keselamatan dan tidak boleh berenang. Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh tekong bot namun tidak berhasil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Simon, Op Carilamat diaktifkan pada pukul 8.40 pagi dan Pos Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Zon Maritim Batu Pahat, selain operasi terbabit turut disertai oleh sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta komuniti nelayan setempat.
Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga telah menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini kepada Badan SAR Nasional (BASARNAS), Indonesia melalui Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC), Putrajaya.
Beliau pada masa sama mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut ketika melakukan aktiviti perikanan di laut.
"Mereka perlu melakukan beberapa persediaan iaitu mendapatkan maklumat ramalan cuaca terlebih dahulu dan memastikan peralatan keselamatan seperti jaket serta pelampung keselamatan sentiasa dibawa dan berada dalam keadaan terbaik.
"Sekiranya terdapat sebarang aduan kesalahan jenayah di laut atau kecemasan segera hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-2199401) atau talian kecemasan MERS 999," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Maritime Rescue Sub-Centre' Johor Bahru menerima maklumat awal daripada rakan nelayan yang menghubungi Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 8.30 pagi. - Gambar fail

Malaysia sertai 12 kejohanan boling antarabangsa pada 2024 - MTBC
Kongres Tenpin boling Malaysia (MTBC) telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara, sepanjang tahun hadapan.

Pendanaan iklim kurang telus halang negara membangun capai inisiatif mitigasi perubahan iklim
Mobilisasi yang lemah dan kurang ketelusan dalam pendanaan iklim (climate finance) telah menghalang negara membangun daripada mencapai inisiatif adaptif dan mitigasi perubahan iklim.

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Mersing selepas menangkap ikan di Pulau Aur, di sini, semalam.