NATIONAL
2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra

Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.
Ringkasan AI
- Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.
- Kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut.
- Laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu.
Kementerian Luar Negeri juga menjelaskan bahawa laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu.
Menurut Wisma Putra, kementerian itu bagi pihak kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terlibat.
Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan Kementerian.
Bas itu dilaporkan membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine. Kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 26 Disember akibat keadaan cuaca buruk, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami